Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bekalan Petrol, Diesel Di...

PENAMPANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah memberi...

Serpihan Di Mauritius, Afrika...

KUALA LUMPUR - Dua serpihan yang ditemui masing-masing di Afrika Selatan dan Pulau...

UTC Melaka Penuhi Keperluan...

MELAKA - Hanya dalam masa satu hari pelbagai urusan di Pusat Transformasi Bandar...

Pengawal Sekolah Ala ‘Taiko’...

HARAPKAN pegar, pegar makan padi! Itulah yang berlaku di Sekolah Menengah Haji Taib...

Wanita Mengamuk, Suami Menggatal Dengan Penari

BERANG dengan perangai gatal suami, seorang isteri telah menyerang suaminya di atas pentas ketika lelaki itu cuba menggoda seorang penari wanita yang sedang membuat persembahan di China.

Lelaki itu yang kelihatan mabuk, sempat memegang kaki penari wanita berkenaan dan kemudian merapatkan badan dengan penari itu.

Dia juga merapatkan kepalanya ke dada penari wanita itu.

Beberapa penonton cuba meleraikan mereka namun isterinya enggan melepaskan suaminya malah menjerit di atas pentas persembahan yang diadakan di sebuah kampung.

Pentas hiburan itu bertukar menjadi pentas pergaduhan dan sebaik pertelingkahan itu berlaku, penari wanita tersebut telah `angkat kaki’.


Penonton yang ada di situ sempat merakamkan video dan ketawa melihat kejadian tersebut,

Kebanyakan penari dan penyanyi akan diupah untuk memeriahkan perayaan seperti sambutan hari jadi, ulang tahun dan kelahiran anak namun kebanyakan persembahan tidak sesuai dan adakalanya menjadi lucah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori