• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Seram… Lapangan Terbang Phuket Berhantu?

oleh AK-47
03/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG netizen menggunakan nama Chiang Mai Elephant di laman Facebook, berkongsi satu rakaman video seram mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket yang didakwanya ‘berhantu’.

Biarpun pihak berkuasa Thailand segera tampil menafikannya, tetapi rata-rata netizen tetap percaya apa yang dilihat itu adalah entiti sebenar.

Menerusi video berdurasi kurang dari 10 saat itu, kelihatan beberapa individu yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa berjalan melalui jejantas udara (aero bridge) di lapangan terbang itu.

Namun apa yang ‘pelik bin ajaibnya’, jejantas tersebut sebenarnya tidak disambungkan dengan mana-mana pintu kapal terbang.

Lantas netizen di media sosial mula berasa seram sejuk sehingga ada yang mengatakan lapangan terbang itu telah dimasuki roh jahat.

“Ya Tuhanku, mereka bergerak secara terbang dan kaki pun tak bergerak,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun menurut pihak berkuasa, video tersebut dirakam oleh ketua juruterbang dan menjelaskan fenomena tersebut terjadi akibat pantulan cermin.

Namun, kebanyakan netizen tetap berpendapat biarpun disebabkan pantulan cermin namun ia agak mustahil kerana jelas kelihatan ia seperti orang sedang berjalan dalam keadaan terapung. – MYNEWSHUB.CC

Tags: HantuSeramThailand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KDN Lancar Talian Khas Anti Pemerdagangan

Next Post

Apple Perkenal Emoji Terbaharu Untuk iOS

Related Posts

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

20/03/2025
1

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram...

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

18/02/2025
0

PULAU KETAM - Seorang penduduk di sini mendakwa didatangi lelaki yang mahu mencari khidmat bot untuk ke Thailand. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Apple Perkenal Emoji Terbaharu Untuk iOS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd