Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

3 Maut Dirempuh Ketika...

KUALA LUMPUR - Tiga penganut Hindu, yang menyertai rombongan berjalan kaki dari Senawang,...

SPRM Tahan 3 Lagi...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lagi pegawai kanan...

Wanita OKU Rentung Dalam...

SEREMBAN - Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah...

Pendakwah Perlu Guna Pendekatan...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pendakwah perlu...

Video: ‘Abang’ Balas Balik Pesanan Sopan ‘Adik’

AWAS! Video ini akan membuatkan anda mengalami kemurungan sepanjang hari Selasa yang indah ini!

Seorang gadis yang dikenali sebagai Ewa Diera di akaun Facebooknya merupakan anak jati Terengganu dan juga seorang penjawat awam di negeri tersebut telah memuat naik videonya memberi pesanan kepada pemandu lori di jalan raya yang suka menggunakan lorong kanan.

Dalam video tersebut, dia telah membahasakan dirinya sebagai ‘adik’, dikatakan sukar untuk pecut di jalan raya kerana laluannya telah diganggu oleh pemandu lori. Dia juga tidak memotong lori tersebut kerana katanya ketika itu jalan tersebut bertanda double line.

“Abang dah la besar, lambat. Lepastu abang boleh duduk belah kanan. Adik nak cepat bang. Lepastu adik terpaksa follow abang. Adik nak potong abang tak boleh, adik duduk lorong kanan, tak sampai 60km/h bang,” kata wanita itu.

Ramai yang kata Ewa seolah-olah mencari publisiti dengan cara buat video macam tu. Yelah, sekarang ni nak viral senang je. Buat je aksi yang kurang bijak, confirm nanti jadi perhatian.

Sudah lah dengan suara ajet-ajet comel dan sebutan signal pula jadi segnel! Apa tu segnel?? Ramai netizen mengutuk tindakan ‘adik’ ini di ruangan komen YouTube.

Dekat akhir video tu ‘adik’ sempat meninggalkan pesanan untuk ‘abang’.


“Lepasni jangan buat lagi tau. Nanti… Adik popok(pukul) abang,” sambil membuat muka ‘cute’.

Tapi sayang, video ‘adik’ ini tak cukup viral untuk dia muncul di tv mahupun membuat paid review di Instagram. Tapi ternyata Ewa telah dijemput ke konti SURIA FM bagi segmen SURIA Pagi. Bukan itu sahaja, Ewa juga telah mendapat perhatian oleh ‘President Of Trailer’. Lelaki itu juga sebelum ini pernah muncul di YouTube kerana pernah viral kerana video dia membalas satu video bersama seorang wanita bernama Ina. Dan dia dikenali sebagai ‘Abang Romantik’.

“Misalnya adik ada masalah dengan kita, muatan yang panjang. Dengan cara adik tegur kita untuk tak hadang perjalanan kita, adik boleh ikut sekali dengan abang. Abang boleh meminang adik,” kata lelaki itu.

Lelaki itu seakan akan menyokong cara sokongan ‘adik’ itu yang menegur secara sopan. Tapi ada side yang lelaki tersebut seakan-akan memerli gadis berkenaan.

Mana tak nya, ramai sangat yang kecam gadik tu jadi ‘abang’ datang sebagai penyelamat ‘adik’ ketika sedang jatuh.

Macam-macam ragam manusia zaman sekarang ni. Memang betul cara teguran yang diberikan oleh gadis itu. Tapi ianya dilihat agak tidak sopan kerana caranya yang konon ‘manja’ membuatkan ramai yang geli-geleman. Malah ada juga lelaki durjana yang meninggalkan komen yang tak sopan!

Ianya seakan-akan memberi peluang kepada lelaki gatal di luar sana untuk menggunakan video gadis ini bagi tujuan yang tak elok. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori