Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Kononnya Kafe Makanan Tapi...

KUALA LUMPUR - Sekali pandang tidak ada sesiapa menyangka ada sesuatu yang tidak...

Masyarakat Iban Tuntut Kumpulan...

PROGRAM realiti Maharaja Lawak Mega (MLM 2017) baharu sahaja membuka tirainya Jumaat lalu,...

Hutang, Liabiliti Kerajaan Dianggar...

KUALA LUMPUR - Kedudukan hutang dan pendedahan liabiliti kerajaan dianggarkan mencecah RM1.264 trilion pada akhir...

PAS Juga Kafir Apabila...

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis meminta Presiden...

Veteran ATM Sifat Skim Baharu Langkah Baik

BUTTERWORTH – Inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kebajikan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi skim baharu dan penambahbaikan maanfaat sedia ada disifatkan sebagai satu langkah yang baik.

Isteri bekas Pegawai Warrant 1 Tentera Udara Diraja Malaysia, Rohani Saud, 56, berkata usaha kerajaan dalam membela nasib veteran ATM perlu diteruskan dari semasa ke semasa sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang berkhidmat menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara.

“Pemberian insentif ini sesuatu yang amat disokong atas sebab jasa yang telah dicurahkan oleh para anggota yang terlibat dalam mempertahankan negara.

“Malah bagi kami para isteri, anak dan anggota keluarga veteran ATM berasa bertuah dan bersyukur atas keprihatinan Perdana Menteri untuk terus membela kebajikan kami. Terima kasih Perdana Menteri,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata suaminya, Oman Mohd Nor, 58, telah bersara pada umur 42 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan beberapa insentif baharu untuk meningkatkan kebajikan bekas anggota serta veteran ATM.

Antara insentif itu ialah skim Bantuan Bakti Negara, skim pencen hilang upaya, insentif veteran kelainan upaya, tambahan kuota ibadah haji veteran dan skim Anuiti Veteran.


Sementara itu, bekas anggota veteran ATM daripada Rejimen Askar Melayu Diraja, Sarjan Mejar Radzi Bakar, 69, berkata beliau berasa amat bersyukur atas keprihatinan kerajaan dalam membela nasib anggota veteran ATM yang telah lama berkhidmat untuk negara.

“Bagi saya ini (pemberian insentif) semua adalah rezeki daripada Allah dan kita tidak dapat menidakkan hal tersebut. Malah saya berasa amat gembira dan berlapang dada dengan pemberian ini semata-mata untuk menjaga kebajikan kami,” katanya yang telah berkhidmat dalam rejimen itu selama 27 tahun.

Seorang lagi anggota veteran ATM tidak berpencen yang berkhidmat selama 10 tahun dengan Rejimen Askar Melayu Diraja, Arshad Kassim, 55, berkata penambahan kuota haji veteran adalah satu langkah murni kerajaan dan tepat pada masanya.

“Saya memandang perkara ini sebagai yang positif dan baik oleh pihak kerajaan. Betapa mereka begitu mengambil berat akan kebajikan ibadah golongan veteran ATM ini dalam melengkapkan ibadah rukun Islam kelima.

“Saya berharap jasa kami semua tidak dipandang enteng oleh masyarakat kerana pengorbanan yang kami lakukan ini adalah mempertaruhkan nyawa demi bangsa, agama juga negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori