• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Venue Dicadangkan Untuk Sukan SEA Filipina 2019

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Provinsi Bulacan, Pampanga dan Zambales di Central Luzon telah dicadangkan sebagai venue bagi Sukan SEA Filipina 2019.

Ini susulan keputusan Filipina untuk menjadi tuan rumah edisi ke-30 temasya dwitahunan itu selepas menarik diri sebelum ini.

Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC)mengesahkan persetujuan menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-30 pada mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) di sini, semalam.

“Bagi kami tiga provinsi itu ialah kawasan utama, tempat bekas pangkalan tentera laut (Teluk Subic) dan lokasi pangkalan tentera udara (Clark),” kata Presiden POC Jose Cojuangco Jr kepada pemberita selepas mesyuarat yang dipengerusikan Presiden SEAGF Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar di sini, hari ini.

Cojuangco turut menyentuh tentang kemungkinan mewujudkan kompleks sukan baharu di satu daripada provinsi itu untuk digunakan bagi temasya itu.

Beliau berkata penganjuran Sukan SEA di provinsi berkenaan juga dapat mengelakkan kesesakan trafik di Manila.

Cojuangco berharap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Filipina Alan Peter Cayetano akan dapat hadir untuk menerima bendera Sukan SEA pada upacara penutupan Sukan Kuala Lumpur pada 30 Ogos.

“Kami pasti Filipina akan dapat menganjurkan temasya ini dengan jayanya pada 2019 sama seperti yang mereka lakukan pada 2005. Saya tidak fikir konflik Marawi akan menjejaskan temasya ini… dan dari segi geografi, venue-venue yang dicadangkan terletak amat jauh daripada zon konflik,” kata Tunku Imran, yang juga presiden Majlis Olimpik Malaysia.

Pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-29 akan berlangsung esok di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Presiden POC Jose Cojuangco Jr
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Lagi Drama Berbalas Mulut, Hafiz – Joy Sudah Baik

Next Post

Prosiding Suruhanjaya Siasatan BNM 21 Ogos

Related Posts

No Content Available
Next Post

Prosiding Suruhanjaya Siasatan BNM 21 Ogos

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd