PRESIDEN AS Donald Trump sekali lagi mengemukakan pandangan kontroversi dengan komen tweet yang biadap berkaitan isu serangan pengganas di Barcelona, Sepanyol.
Belum 24 jam kejadian yang mengejutkan dunia itu terjadi, serta maklumat awal menunjukkan serangan itu berkait dengan sel sokongan Daesh di Eropah, Trump mengeluarkan kenyataan sinis mengaitkan kejadian serangan pengganas itu dengan sejarah AS mengawal permberontak Islam di Mindanao pada awal abad ke 20.
Trump secara melulu dan sinis mengaitkan kejadian di Barcelona dengan merujuk kepada tindakan Jeneral John Pershing di Filipina 116 tahun lalu.
Pershing dikaitkan dengan kisah pemberontakan Islam di Moro. Menurut sejarah, pada 1911 Pershing selaku gabenor telah menangkap 50 pemberontak Islam lalu dihukum tembak. Pershing dikatakan menggunakan 50 butir peluru yang direndam dalam lemak babi.
Pershing menembak mati 49 pemberontak Moro. Hanya seorang dilepaskan supaya memaklumkan kejadian itu pada pemberontak lain. Sejak itu, sepanjang pendudukan AS, Moro bebas tanpa sebarang kekacauan selama 35 tahun.
Komen Trump ditweet pada 8.31 malam, 18 Ogos lalu.
“Study what General Pershing of the United States did to terrorists when caught. There was no more Radical Islamic Terror for 35 years!— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) August 17, 2017.”
Isu tweet Trump dicela sebagai tidak relevan dan tidak wajar dikaitkan dengan tragedi di Barcelona. – MYNEWSHUB.CC