• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Imran Ucap Tahniah Kepada Kontinjen Malaysia

oleh AK-47
31/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaáfar memuji kontinjen selepas muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017).

Beliau berkata penghargaan harus diberikan kepada semua persatuan sukan kebangsaan, pengurus pasukan, jurulatih dan juga pegawai teknikal yang membantu mewujudkan satu platform hebat dalam temasya dwitahunan edisi ke-29 di mana atlet dapat memperagakan kehebatan sebenar mereka.

Malaysia muncul juara keseluruhan untuk kali kedua selepas edisi 2001 dengan mengumpul 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa diikuti Thailand (72-86-88) manakala Vietnam menghuni tangga ketiga carta pungutan pingat dengan 58 emas, 50 perak dan 60 gangsa.

“Syabas Malaysia atas kemenangan luar biasa mengumpul 323 pingat termasuk 145 emas. Malaysia Boleh…Kita Juara,”katanya semasa berucap pada majlis penutupan rasmi KL2017 yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.

Tunku Imran, yang juga presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), turut menzahirkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pengelola Malaysia MASOC) kerana berjaya menganjurkan sebuah temasya sukan yang hebat dan gemilang walaupun menghadapi beberapa cabaran.

Beliau juga mengambil perhatian bahawa kehadiran besar orang ramai di venue-venue pertandingan sepanjang pertandingan 17 hari itu secara tidak langsung telah menyemarakkan semangat dan keterujaan temasya sukan berkenaan.

Ïni termasuk pelbagai ragam pasukan sorak dari negara peserta dan sudah tentu tidak kurang hebatnya para sukarelawan.

“Mereka berada di merata tempat…dengan sikap mesra, sopan dan suka membantu.. Semua rakyat Malaysia bangga dengan anda. Syabas kepada sukarelawan,” kata Tunku Imran.

Filipina akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-30 pada 2019. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Program Podium Bagus, Cuma Perlu Ditambah Baik

20/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Program Podium merupakan satu program yang bagus dan perlu dikekalkan dengan penambahbaikan, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia...

Atlet Muda Perlu Diberi Lebih Banyak Peluang Bertanding

29/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Sukan di negara ini yang sepatutnya memberi penekanan kepada pembangunan sukan masing-masing di peringkat akar umbi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd