• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Jumpa Hindraf: Tak Jejas Sokongan Kaum India

oleh AK-47
21/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yakin tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed berjumpa dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) tidak akan menjejaskan sokongan kaum India terhadap Barisan Nasional (BN).

Abdul Azeez berkata ini kerana sejak menerajui kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pebagai usaha untuk menjaga kebajikan dan membela nasib kaum itu.

“Dia (Dr Mahathir) boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja yang dia nak, namun dalam masa yag sama, percayalah hanya kerajaan BN di bawah pimpinan Najib yang mampu membela nasib rakyat tidak kira Melayu, Cina mahupun India.

“Semasa menjadi perdana menteri 22 tahun, apa yang telah beliau lakukan untuk bela nasib orang India dan hal ini masyarakat India dan Hindraf sendiri sedar tentang kebenarannya.

“Baru ini ada dalam kumpulan WhatsApp ada disebarkan bahawa kalau beliau diberikan peluang, beliau akan lakukan lebih baik daripada dahulu.

“Semasa jadi perdana menteri 22 tahun lalu tak pula dibuatnya, takkan umur dah dekat 100 tahun baru nak buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Perwakilan UMNO Bahagaian Kuala Krau di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamed Said, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Fadzle Abdul Mubin dan ketua Puteri UMNO bahagian Nur Afzan Abu Kassim.

Dr Mahathir menemui Pengerusi Hindraf di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Jumaat lalu, untuk mengajak kumpulan itu menyertai gabungan parti pembangkang.

Dalam pada itu, Abdul Azeez menyatakan kesediaan untuk menjadi orang tengah kepada BN dan UMNO untuk berjumpa dengan masyarakat India bagi menerangkan tentang dasar dan langkah-langkah yang  kerajaan di bawah pimpinan Najib telah dan akan lakukan untuk membela nasib masyarakat India di negara ini.

“Mereka lebih faham jika saya menjelaskan mengenai pelbagai isu semasa dalam bahasa Tamil… dia (Dr Mahathir) tidak boleh bercakap dalam bahasa ibunda masyarakat India tetapi saya boleh,” katanya. – BERNAMA

Tags: HindrafMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aznil Naikkan Semangat Sukan Dengan Lagu Sudirman

Next Post

KL2017: Rafiq Genggam Emas Dalam Boling Individu

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

KL2017: Rafiq Genggam Emas Dalam Boling Individu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd