• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

J/K Khas Pantau Impak Pengecualian Dasar Kabotaj

oleh AK-47
09/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengenal pasti dan mengkaji impak pengecualian dasar kabotaj di negeri itu secara menyeluruh.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, Jawatankuasa Khas Pemantauan Impak Pengecualian Dasar Kabotaj Negeri itu dipengerusikan beliau selepas kabinet negeri mengarahkan penubuhan jawatankuasa tersebut.

“Jawatankuasa khas ini dianggotai oleh jabatan dan agensi kerajaan, agensi perkapalan dan pihak berkepentingan semasa mesyuarat yang telah diadakan pada 8 Jun lalu.

“Sebagai pengerusi jawatankuasa khas ini, saya yakin ini merupakan satu platform terbaik dalam membincangkan dan mencari penyelesaian terhadap isu berhubung impak dasar kabotaj di Sabah, termasuk kos sara hidup yang tinggi di negeri ini akibat kos tinggi perkapalan dan logistik,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri berkata, Kementerian Pengangkutan di peringkat pusat telah bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bertujuan membincangkan isu pengangkutan susulan pengecualian dasar kabotaj, yang dilaksanakan pada 1 Jun lepas.

Pada 7 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengecualian dasar kabotaj kepada Sabah, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa 1 Jun, 2017 dan tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas semua aktiviti perkhidmatan perkapalan kargo antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Parti Politik Tubuh Gabungan Bersatu Sabah

24/10/2018
0

KOTA KINABALU – Empat parti politik di Sabah iaitu PBS, STAR, PBRS dan UMNO hari ini secara rasminya mengumumkan pakatan...

Sabah Patut Bersyukur Najib Jadi PM – Pairin

27/04/2018
0

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah perlu bersyukur kerana mempunyai Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui negara ini sebagai perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd