• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Terima Kasih Harimau Muda, Anda Aset Negara” – TMJ

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALAYSIA terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas gagal mendapatkan ‘ibu emas’ pada final bola sepak Sukan SEA ke-29 (KL2017), namun semangat mereka tidak dibiarkan luntur sejurus tamat perlawanan yang menjadi tumpuan ramai itu.

Bagaikan memahami perasaan pemain, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergegas ke bilik persalinan untuk memberikan kata-kata dorongan kepada skuad negara supaya menerima kekalahan dengan hati terbuka.

“Memang patut sedih dan kecewa, tetapi tiada seorang pun yang berada di dalam bilik ini yang telah memalukan negara.

“Saya tengok hari ini (perlawanan akhir) ada dua emosi bercampur. Satu, saya kecewa dengan kekalahan dan satu lagi saya bangga dengan apa yang kita ada untuk masa akan datang,” katanya kepada pemain Harimau Malaya.

Tunku Ismail turut meyakinkan pemain terlibat bahawa mereka adalah aset negara kerana masih muda untuk beraksi pada perlawanan akan datang.

“Tiada siapa suka kalah tapi tak bermakna ini perjalanan terakhir.

“Saya tahu kawan anda, keluarga anda turut berasa bangga.

“Ada satu perkataan yang ingin saya sampaikan kepada anda semua iaitu terima kasih,” ujarnya menerusi rakaman yang dimuat naik FAM di laman rasmi Facebook persatuan itu.

Kontinjen Malaysia gagal memperoleh pingat emas selepas skuad bola sepak negara tewas kepada Thailand pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Selasa malam.

Thailand mencatat hatrik emas kali ketiga berturut-turut Sukan SEA dengan kemenangan tipis 1-0.

Seawal saat ke-25 permainan, skuad negara memulakan dengan percubaan awal sepakan sudut.

Biarpun pasukan negara dilihat lebih mendominasikan padang, namun ketiadaan penyudah menyebabkan gawang Thailand sukar dibolosi. – mStar Online

Tags: bola sepakSukan SEA KL 2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Warga Indonesia Didakwa Bunuh Majikan

Next Post

Malaysia Tuai 2 Emas Hari Terakhir Terjun

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post

Malaysia Tuai 2 Emas Hari Terakhir Terjun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd