Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Universiti Malaya Terus Meningkat...

PUTRAJAYA - Merujuk kepada QS World University Ranking 2015/2016 yang diumumkan pada 15...

Flakka: Dadah Paling Bahaya...

FLAKKA, sejenis dadah stimulan sintetik yang boleh mengubah kelakuan manusia menjadi agresif dan...

Perumahan Felda Jangka Mula...

KUALA LUMPUR - Pembinaan kediaman teres setingkat di bawah program Perumahan Generasi Baharu...

Buaya Terlepas, Australia Berdepan...

BANJIR besar yang melanda Australia menyebabkan penduduk di timur laut negara itu terpaksa...

Tentera Myanmar Terus Hapus Rohingya

COX’S BAZAR – Pasukan keselamatan Myanmar meningkatkan operasi terhadap pemberontak Rohingya, susulan pertempuran tiga hari dengan militan dalam keganasan terburuk membabitkan minoriti Islam itu dalam masa lima tahun.

Pertempuran yang dicetuskan serangan serentak Jumaat lalu oleh pemberontak bersenjatakan kayu, pisau dan bom belum diproses ke atas 30 pos polis dan pangkalan tentera, yang mengorbankan 104 orang.

Ia mendorong sebahagian besar penduduk Islam Rohingya dan penduduk Buddha melarikan diri dari Rakhine.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, bimbang dengan laporan penduduk awam dibunuh di Rakhine dan merayu negara jiran Myanmar, Bangladesh, membenarkan etnik Rohingya yang melarikan diri berlindung di negara itu, kata jurucakapnya semalam.

“Ramai yang melarikan diri itu wanita dan kanak-kanak, sebahagiannya cedera.

“Guterres menggesa agensi kemanusiaan diberi izin bergerak bebas kepada komuniti terjejas yang memerlukan bantuan dan perlindungan.

“PBB sedia memberi sokongan diperlukan kepada Myanmar dan Bangladesh dalam hal ini,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric, dalam kenyataan.


Keganasan menandakan peningkatan dramatik konflik yang berlaku sejak Oktober, apabila serangan serupa tetapi berskala lebih kecil dilakukan pemberontak Rohingya ke atas pos keselamatan yang memaksa tentera bertindak ganas disusuli tuduhan pencabulan hak asasi.

Layanan ke atas 1.1 juta penduduk Islam Rohingya di Myanmar menjadi cabaran terbesar kepada pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi, yang mengutuk serangan itu dan memuji pasukan keselamatan.

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu dituduh pengkritik Barat tidak bercakap bagi pihak minoriti yang sekian lama dianiaya itu, dan mempertahankan tentera selepas serangan Oktober lalu. – Reuters/BH ONLINE

Kategori