• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Reman 3 Kakitangan PTG Pahang Dilanjut

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Perintah tahanan reman terhadap tiga kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang yang disyaki terlibat dalam kegiatan perlombongan bauksit haram, dilanjutkan sehingga Ahad, 13 Ogos.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman hari ini, selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamri.

“Permohonan reman terhadap suspek berusia antara 30 dan 40 tahun yang merupakan pegawai penguat kuasa PTG disambung ekoran masih terdapat dokumen yang perlu diteliti bagi melengkapkan siasatan,” kata Mohamad Fadhly ketika ditemui pemberita.

Beliau menambah enam lagi kakitangan PTG yang turut ditangkap pada operasi khas SPRM berkaitan bauksit, telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh tahanan reman ke atas mereka tamat hari ini.

Katanya enam suspek itu memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan dan berjanji akan hadir sekiranya mereka diminta untuk membantu siasatan walaupun tempoh reman telah tamat.

Pada 2 Ogos lalu, SPRM menahan sembilan kakitangan PTG Pahang di beberapa lokasi sekitar daerah ini, antara pukul 3.30 dan 3.45 petang kerana disyaki terlibat dalam perlombongan haram bauksit.

SPRM melancarkan operasi khas bauksit memandangkan operasi perlombongan di Bukit Goh dan Bukit Sagu masih berjalan, walaupun kerajaan telah mengenakan perintah moratorium sejak 15 Jan 2016, yang sepatutnya tamat pada 31 Dis depan. – BERNAMA

Tags: DiremanKakitangan PTG Pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

10/03/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dakwaan meminta rasuah RM3,000 sebagai...

Amang Seksual Cucu, Pesara Direman Tujuh Hari

Amang Seksual Cucu, Pesara Direman Tujuh Hari

05/02/2025
0

JASIN - Seorang warga emas direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap cucu perempuannya, lima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd