KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan negara, belum bersedia untuk bersara biarpun memaklumkan bahawa Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, minggu lepas, adalah kejohanan terakhir bagi dirinya sebelum menggantung raketnya.
“Tanggungjawab terhadap negara masih belum selesai,” kata pemain berusia 34 tahun itu yang tersingkir pada pusingan pertama pada kejohanan itu.
“Tanggungjawab saya ada lagi…tahun depan ada banyak kejohanan besar. Saya mahu wakil negara lagi. Ada Sukan Komanwel dan Piala Thomas yang sudah lama kita tidak menang,” katanya kepada pemberita ketika hadir menyaksikan perlawanan badminton Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Axiata Arena di sini hari ini.
Beliau berkata dalam beberapa tahun ini beliau perlu melakukan yang terbaik dan tidak mahu meletak tekanan kepada diri sendiri.
Beliau, yang belum pernah meraih gelaran juara dunia mahupun Olimpik sepanjang kariernya, menegaskan bahawa beliau tahu apa yang perlu bagi dirinya dan tidak pasti waktu bila yang sesuai untuk berhenti beraksi.
Chong Wei berkata beliau akan berbincang dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan ketua jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek mengenai masa depannya.
Sukan Komanwel dan PIala Thomas dan Uber akan berlangsung tahun depan. Gold Coast, Australia akan menjadi tuan rumah Sukan Komanwel manakala Bangkok bagi Piala Thomas dan Uber. – BERNAMA