• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Was-Was Daging Korban Di Terengganu

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Umat Islam di negeri Terengganu tidak perlu was-was untuk memakan daging lembu dan kerbau korban kerana kini ia dijamin selamat.

Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Mohd Pehimi Yusof berkata negeri ini bebas sepenuhnya dari penyakit hawar berdarah yang menyerang binatang ternakan tersebut sejak empat bulan lalu.

“Hasil usaha berterusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu yang melakukan pencegahan dengan menvaksin hampir 10,000 ekor haiwan ternakan telah berjaya membendung penyakit tersebut dari terus merebak.

“Sebanyak 4,000 lembu akan dijadikan korban tahun ini termasuk 2,000 ekor yang dibawa dibawa masuk luar Terengganu telah divaksinkan oleh JPV,” katanya yang ditemui pemberita selepas Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Terengganu, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga bakal menempatkan seramai 120 anggota JPV di tempat penyembelihan bagi memastikan lembu yang dijadikan korban bebas dari penyakit tersebut.

Penyakit hawar berdarah dikesan sejak 26 Mei lepas dan sebanyak 500 kes kematian haiwan ternakan telah dilaporkan oleh 38 penternak di lima daerah di negeri itu melibatkan kerugian hampir RM 2.5 juta. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Pehimi Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd