• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Mahu Panjangkan Isu, Anzalna Mohon Maaf

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEK kerana kenyataan tidak sensitifnya berkaitan kontroversi melibatkan adiknya, Afifah Nasir dan Aliff Aziz, pelakon Anzalna Nasir memohon maaf kepada semua pihak di Instagram miliknya.

Hanya kerana mempunyai pertalian darah dengan Afifah, Anzalna turut menjadi mangsa kecaman netizen ketika kes itu hangat diperkatakan.

Mungkin kerana tidak tahan dicerca setiap hari dan untuk melindungi adiknya, pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya itu bertindak mengeluarkan kata-kata yang tidak manis.

“Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?

“Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.

“Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana,” kata Anzalna kepada Astro Gempak.

Tambah Anzalna lagi dia bertindak untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod privasi adalah disebabkan enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Tak rasa sedih dicaci, tak mahu menagih puji…Setiap manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Allah tidak akan mensia-siakan orang yang bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya. Amat rugilah seseorang itu bila Allah hadirkan ujian kepadanya, dia masih ditakuk yang sama. Mengeluh tak berkesudahan. Menyalahkan itu dan ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin. Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitankan dan kau akhirkanlah dgn Kebaikan. Akhir kata tunggu la kenyataan dari adik saya.

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on Jul 31, 2017 at 9:45pm PDT

“Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

“Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya,” kata Anzalna.

Jumaat lalu, Aliff dilaporkan telah ditahan pihak polis atas dakwaan mengasari isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke. Ketika ditahan, Aliff didakwa ada bersama dengan Afifah di pusat karaoke tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Afifah Nasiranzalna nasir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Raya Paling Bermakna Untuk Anzalna!

03/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Setelah tiga tahun menanti cahaya mata, raya kali ini menjadi lebih bermakna buat pelakon cantik, Anzalna Nasir...

Tanah Suci Bukan Tempat Fesyen, Anzalna Beringat

25/02/2018
0

BERFESYEN tu tak salah, tapi biarlah berpada-pada dan kena dengan tempat... Kalau berfesyen ketika berada di Tanah Suci Makkah macam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd