• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Ada Bangganya Berlagak Samseng!

oleh Ahmad Albab
07/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAK kiralah sama ada kagum dengan watak Al Pacino dalam Scarface atau Edward Norton dalam American History X – keganasan dalam filem hanyalah memenuhi libido gelap dalam pseudo ketakutan manusia.

Maknanya  ketakutan tanpa batas atau fobia luar biasa terhadap hidup, atau beban rasa rendah diri akan mencetus fantasi manusia menjadi hebat dengan keganasan. Lebih details, hanya si pengecut akan berbangga-bangga bahawa dirinya seorang pemberani yang hebat.

Filem aksi gengster Melayu, memenuhi impian anak muda yang suka kelihatan ganas. Atau membeli reputasi menjadi lelaki dengan kepercayaan: Anda hebat sekiranya ditakuti!

Ini libido atau sudut gelap yang mesti difahami. Bahawa, dalam banyak hal – hanya si pengecut yang suka dilihat berani. Hanya si penakut yang suka mengugut persekitarannya.

Jadi siapa gengster sebenarnya? Nama pun geng. Sudah tentulah ia kejahatan berkumpulan. Di Sicily, Italy tempat Mafia bermula – ia gerakan samseng kecil ala kampungan saja. Mafia menjadi besar apabila migrasi pendatang Itali memenuhi New York pada hujung abad 19.

Mafia Itali gerakan terhebat dalam sejarah Amerika. Nama tokoh jenayah Don Vito Carleone, Al Capone dan Tony Montana akan kekal sebagai legenda penjenayah.

Perkataan mafia asal kata Itali mafiaso bererti lelaki terhormat. Kata ini kemudian disalin dan dipakai di seluruh dunia. Hingga menetas nama Mafia Rusia yang kini dianggap terbesar di dunia. Tapi, ia tetap gerakan jenayah terancang yang menguasai pasaran gelap penjualan senjata, pelacuran dan dadah.

Manakala Yakuza Jepun wujud sejak abad ke-17. Namun selepas 1945, selepas Jepun menyerah kalah, kumpulan tentera yang setia pada Maharaja dan menolak mengaku kalah dalam Perang Dunia Kedua, membentuk gerakan bawah tanah dan menjadikan Yakuza makin relevan.

Akhirnya, kini Yakuza tiada lagi kaitan dengan maruah Jepun. Ia hanya kumpulan jenayah gabungan puak Yamaguchi, Sumiyochi dan Inagawa. Yakuza menguasai segala bentuk jenayah termasuk menerbitkan 14 ribu filem lucah setahun.

Inilah dunia gengster. Mario Puzo pun penat mengkaji gengster sewaktu menulis novelnya The Godfather. Francis Ford Capolla pun dan letih selepas menghasilkan trilogi filem yang memasyhurkan nama Marlon Brando, Robert De Niro dan Al Pacino yang memegang watak tokoh sejarah Mafia AS itu.

Di Tanah Melayu, gengter bermula pada abad ke-19 dalam peristiwa Perang Larut di Perak.

Menjelang tahun 1861, persaingan antara pelombong bijih suku Go-Kuan dan kongsi Si-Kuan. British melihat Perang Larut berpunca kerana berebut menguasai bijih timah.

Ia merebak lagi antara Ghee Hin di Klian Baru (Kamunting) diserang kumpulan Hai San di Klian Pauh (Taiping).

Kongsi gelap terus berkembang pesat selepas 100 tahun Perang Larut. Malah, berubah menjadi impak jenayah paling kompleks di negara ini. Menurut Bukit Aman, terdapat 49 kongsi gelap dengan ahli aktif seramai 40,313 di seluruh negara.

Justeru, tidak ada apa yang hendak dibanggakan dengan gengterism. Berlagak gengster pun tidaklah perlu. Anda hanya menambah beban masalah.

Kerajaan terutama melalui polis sudah menghabiskan masa lebih setengah abad memerangi gengster dan kini menghabiskan ratusan juta dalam usaha menghapuskan gengster.

Kepada artis juga, berhentilah mempromosi gengster. Itu pun kalau anda menyintai negara! – MYNEWSHUB.CC

Tags: samsengsejarah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pinjaman Peneroka Felda Untuk Kelangsungan Hidup

Next Post

Penguat Kuasa KWSP Bantu Majikan Carum Pekerja

Related Posts

UMNO Salur Bantuan Guaman Kepada Dr Akmal

Perbicaraan 1MDB Cipta Sejarah Akan Bersidang Sabtu

05/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, prosiding perbicaraan kes penyelewengan dana milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib...

Bella Pernah Beri Bayangan Akan Dilanggar Mati

Rombak Subjek Sejarah Di Sekolah – Wan Hanafi Su

21/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Pelakon 'senior' disegani, Wan Hanafi Su, 74, menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) merombak mata pelajaran sejarah di sekolah berikutan...

Next Post

Penguat Kuasa KWSP Bantu Majikan Carum Pekerja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd