• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat Sunting Vida: Mampu Beli 15 Handbag Sekali Gus!

oleh AK-47
16/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

USAHAWAN kosmetik ternama, Datuk Seri Vida berkata jika beliau mahu bersuami lagi, lelaki yang dikahwin olehnya itu haruslah seorang lelaki yang berharta dalam lingkungan usia 40 hingga 50 tahun.

Namun begitu, itu tidak bermakna ibu tunggal bergaya ini ‘terdesak’ untuk menamatkan zaman solonya dalam masa terdekat seperti yang diperkatakan segelintir pihak.

Tetapi jika ada yang masih mahu memperisterikan dirinya, Vida meletakkan benchmark  berkenaan iaitu lelaki tersebut  boleh membelikannya 15 buah beg tangan sekali gus!

“Bukan apa, cukuplah saya pernah melalui kehidupan dengan lelaki yang hanya ingin mengambil kesempatan. Saya tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali. Saya nak mencari lelaki yang betul-betul ikhlas dan jujur dengan saya dan bukan kerana harta.

“Saya tak nafikan memang susah nak bertemu lelaki begitu. Jadi, saya tak nak terburu-buru dalam soal pasangan hidup dan berkahwin. Saya hanya boleh berdoa semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik selepas ini,” katanya memetik Harian Metro. 

Dalam pada itu, Vida menegaskan beliau tidak pernah menyesali perkahwinannya dengan suami terdahulu.

Dalam perkembangan lain, Vida kini dalam proses menjalin kerjasama dengan jenama Louis Vuitton (LV) bagi menghasilkan beg tangan edisi DSV.

“Terdapat beberapa rekaan beg tangan mereka saya beri penambahbaikan mengikut cita rasa sendiri. Saya masih menunggu rekaan yang dihasilkan mereka untuk dipilih.

“Menariknya pada beg tangan itu nanti turut diletakkan nama saya menggunakan logo DSV. Sebagai permulaan beg ini dipasarkan di rantau Asia dahulu,” katanya.

Kerjasama Vida dengan LV juga menjadikan dia sebagai individu pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan jenama antarabangsa itu.

“Kos untuk menghasilkan beg ini dikongsi bersama. Insya-Allah jika tidak ada aral melintang beg tangan ini bakal dijual awal tahun depan,” katanya. Kelas Datuk Seri! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Vida
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd