• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Baling Mercun Di Stadium Diburu

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis meneliti beberapa gambar bagi mengesan suspek membaling mercun ketika perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 (KL2017) antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, mercun dibaling dari kawasan tempat duduk penyokong Malaysia selepas penyerang negara, N Thanabalan, menjaringkan gol pada minit ke-87.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata siasatan dijalankan sebaik pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu.

“Polis memandang serius isu keselamatan stadium terutama membabitkan keselamatan penonton, pemain dan pegawai bertugas.

“Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, serpihan mercun berkenaan hanya memasuki tepi padang dan jauh dari pemain.

Selepas perlawanan malam tadi, jurulatih Indonesia, Luis Milla Aspas, dalam sidang media mendakwa pemainnya cedera terkena balingan mercun. – Berita Harian

Tags: mercunpenyokongStadiumSukan SEA KL2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 800 Penyokong Hadir Himpunan Solidariti Najib – Polis

Lebih 800 Penyokong Hadir Himpunan Solidariti Najib – Polis

06/01/2025
0

PUTRAJAYA - Lebih 800 individu hadir di pekarangan Istana Kehakiman di sini, bagi memberi sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk...

Mayat Cikgu Murdani Yang Jatuh Ke Sungai Pahang Ditemukan Lemas

Penyokong Imran Khan Serbu Ibu Negara Pakistan, Tuntut Pembebasannya

26/11/2024
0

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya enam anggota pasukan keselamatan terbunuh ketika mereka cuba menghalang ribuan penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd