• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Hadir Pengebumian Pak Engku

oleh AK-47
14/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menghadiri upacara pengebumian jenazah pemilik Kuzie Katering Datuk Raja Rosly Raja Mazlan atau Pak Engku di Makam Diraja Shah Alam di sini.

Sultan Selangor tiba di makam itu kira-kira 10.40 pagi diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Baginda semalam telah memperkenankan supaya jenazah Pak Engku dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

Kira-kira 300 anggota keluarga, kenalan serta rakan artis turut hadir pada upacara pengebumian itu.

Jenazah Pak Engku selamat disemadikan kira-kira 11 pagi dan bacaan talkin disempurnakan imam Masjid Istana Alam Shah Mohd Rasid Mahful.

Pak Engku, 57, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di sini kira-kira 9.10 malam tadi akibat kencing manis dan masalah buah pinggang.

Allahyarham sebelum itu tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan di hospital sama Khamis lalu.

Beliau meninggalkan isteri Datin Ramziah Samah, 47, dan tiga anak berusia antara 17 dan 22 tahun.

Terdahulu jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk dimandi dan dikapankan sebelum disembahyangkan dengan diimamkan Imam Besar masjid itu, Muhammad Farhan Wijaya.

Berpengalaman luas dalam bidang katering dan hasil air tangannya yang sering mendapat pujian membolehkan Pak Engku mendapat kepercayaan untuk mengendalikan majlis besar golongan kenamaan termasuk pemimpin negara.

Antara majlis yang pernah dikendalikan Allahyarham ialah Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2009 dan majlis rumah terbuka Aidilfitri Istana Negara pada 2011. – BERNAMA

Tags: chef selebritipak engku meninggalSultan SelangorSultan Sharafuddin Idris Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Titah Sultan Selangor Bukan Sekadar Mengenai Perpaduan Orang Melayu – Tengku Zafrul

Titah Sultan Selangor Bukan Sekadar Mengenai Perpaduan Orang Melayu – Tengku Zafrul

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perlu difahami dalam kerangka sebenar sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi...

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd