• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA: Upacara Penutup Penuh Makna

oleh AK-47
31/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA kurang beberapa jam sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur melabuhkan tirainya, rata-rata barisan atlet negara sudah tidak sabar untuk sekali lagi berarak di hadapan ribuan penyokong bagi menyaksikan satu lagi detik bersejarah buat Malaysia.

Antara yang menzahirkan keterujaan adalah pemain bola jaring negara kerana mereka adalah antara atlet yang tidak menyertai perbarisan kontinjen Malaysia berarak masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil ketika upacara pembukaan, 19 Ogos lalu.

Menjelang acara penutupan malam ini, ia menjadi lebih bermakna buat mereka di atas pelbagai kejayaan dicipta, termasuk menewaskan Singapura untuk merangkul emas dan mengukir sebahagian daripada sejarah sukan Malaysia yang menyumbangkan keseluruhan 145 pingat emas bagi edisi kali ini.

“Saya sangat teruja kerana kami mahu melihat bagaimana keadaan stadium. Kami pun tidak pernah masuk ketika pembukaan hari itu,” kata Nur Farihah Razak.

Turut berkongsi kegembiraan untuk upacara malam ini adalah atlet tinju, Muhammad Fuad Redzuan, yang juga tidak dapat menyertai kontinjen Malaysia dalam upacara pembukaan.

“Kami akan berjalan dengan rasa bangga kerana berjalan sebagai juara selain sebagai tuan rumah.”

Malaysia menghantar jumlah atlet paling ramai untuk Sukan SEA ini dengan keseluruhan 849 atlet. -StadiumAstro

Tags: Sukan SEA Kuala Lumpur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd