• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Strategi Pengurusan Air, Jamin Bekalan Air Terpelihara

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sentiasa memberi penekanan kepada strategi pengurusan permintaan air yang efisien bagi memastikan usaha sekarang mampu menjamin bekalan air pada masa depan sentiasa terpelihara.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri S.K Devamany, berkata kementeriannya telah menyusun beberapa strategi yang diyakini berkesan bagi menguruskan sumber air negara secara lestari dan mampan.

“Antara strategi tersebut adalah penyelarasan tarif air secara berterusan ke arah pencapaian kos sebenar perbekalan air mencakupi aspek pemuliharaan kawasan tadahan, kos rawatan dan agihan serta kos rawatan air kumbahan sebelum dilepaskan semula ke alam sekitar.

“Aspek penguatkuasaan dan pengawalan ke atas kes-kes kecurian dan pencemaran sumber air juga perlu ditingkatkan,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Koh Chin Han mengenai tindakan kerajaan untuk memastikan bekalan air pada masa depan terpelihara berikutan bilangan penduduk negara kian meningkat dan sering berlaku kes gangguan bekalan air.

Devamany berkata kementerian turut memberi penekanan kepada penerokaan dan penggunaan sumber air alternatif seperti air hujan dan penggunaan air kumbahan terawat dari loji rawatan air kumbahan sebagai satu daripada sumber air utama bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air sedia ada.

Katanya, di bawah Pelan Induk Teknologi Hijau, kerajaan menyasarkan 50 peratus bahan enap cemar digunakan semula dan satu pertiga penggunaan semula efluen terawat menjelang tahun 2030.

Devamany juga menasihati orang ramai supaya sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan air bagi keperluan harian selain mengambil langkah seperti menggunakan air hujan bagi tujuan membasuh kereta dan menyiram tanaman agar dapat menurunkan penggunaan air terawat. – BERNAMA

Tags: bekalan airDatuk Seri S.K Devamany
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd