• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Perlu Menjerit Ke Telinga ALP

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DATUK Azam Baki terus mempromosi budaya berani dalam menentang rasuah. Sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), SPRM, usaha meniupkan semangat anti rasuah terus dilaungkan.

Semalam, Azam memberikan tips tambahan pada orang awam bagi memudahkan usaha menghidu penjenayah rasuah.

Kalau dulu, tips mengenali perasuah yang diberikan hanya tiga perkara. 1. Perasuah biasanya rajin bermain golf 2. Kerap bercuti ke luar negara 3. Ada menyimpan betina.

Kali ini Azam mengulangi soal gaya hidup mewah. Tips supaya mengawasi penjawat awam yang hidup mewah melampaui gaji. Benda ini mudah dikesan terutama oleh rakan sekerja.

Persoalannya: Tips ini lebih kepada orang awam.

Namun, apakah pentadbir sektor awam, agensi kerajaan dan GLC menyokong budaya ini? Apakah kesedaran yang sama dikongsi oleh majikan, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dan ketua-ketua jabatan kerajaan?

Rasuah wujud dan biasanya disedari. Cuma kerap disembunyikan. Isu Felda contohnya, terutama kes FIC. Semua urusan pembelian fan harga diketahui ALP dan kepimpinan kanan dalam Felda. Mengapa dibiarkan? Sudah lama berlalu dan sekarang baru meletup.

Mustahil dalam begitu ramai jemaah ALP Felda, tidak seorang pun menyedari wujud manipulasi harga. Kalau pun bukan rasuah, tetapi takkan tiada ALP yang celik nilai harga?

Seseorang yang tahu wujudnya ketirisan dan manipulasi serta berani bersuara dan membantah pembelian yang merugikan Felda?

Memang betul kata SPRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjawat awam yang hidup mewah melampau perlu melaporkan perkara itu kepada SPRM.

Tetapi sikap ALP lebih perlu dididik. Budaya lantik dan hadir mesyuarat demi elaun saja tidak wajar diamalkan. ALP mesti mendokong matlamat menentang ketirisan dan rasuah.

Dalam banyak kes, selain orang ramai, SPRM perlu menjerit ke telinga ALP. Kerja mereka bukan makan elaun sahaja. Tetapi mesti berperanan dan bertanggung jawab menjaga syarikat! – MYNEWSHUB.CC

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd