• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Nafi Terlibat Klip Video Berunsur Hasutan

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan penglibatannya dalam penerbitan sebuah klip video berkaitan kempen daftar pemilih untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang disifatkan berunsur hasutan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata perkara itu berpunca daripada tindakan produksi terbabit yang menggunakan logo dan alamat laman web SPR pada akhir video, sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau berkata SPR tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya logo badan berkenaan disalah guna tanpa kebenaran dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat dan boleh menjejaskan imejnya.

“SPR memberi amaran kepada pihak terbabit agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan logo badan ini untuk tujuan mana-mana produksi atau kempen tanpa kebenaran daripada badan ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya klip video berdurasi 1 minit 40 saat dalam bahasa Mandarin yang tular di media sosial itu membawa kecenderungan berunsur hasutan dan menimbulkan kebencian kepada pihak tertentu melalui kuasa undi mereka.

Mohd. Hashim berkata klip video itu turut memaparkan isu-isu yang menjadi kontroversi masa kini seperti 1Malaysia Development Berhad, Malaysian official 1 serta Cukai Barang dan Perkhidmatan.

Ekoran daripada penyebaran klip video ini, SPR menerima banyak aduan daripada orang ramai, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd. Hashim AbdullahKlip Video
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Alasan Shiha Guna Khidmat Model Lelaki Tanpa Baju

16/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam melancarkan klip video bagi single terbaharunya, Pipiyama, penyanyi Shiha Zikir menerima kecaman daripada...

SPR Jawab 10 Fitnah Tular Hari Pengundian PRU14

09/05/2018
0

BELUM pun habis tempoh pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, pelbagai fitnah dan tohmahan melulu telah timbul yang sengaja disensasikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd