• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Soka Gakai Malaysia Tonjol Aspirasi TN50

oleh AK-47
31/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi antara paparan mesej utama acara sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka hari ini.

Mempamerkan tema ‘ A Shining Future’, pasukan Soka Gakkai Malaysia (SGM) dengan kekuatan 200 peserta mempamerkan persembahan bertenaga yang memperlihatkan semangat belia negara ini memenuhi hasrat dan impian diri serta cita-cita negara untuk membina masa depan yang gemilang.

“Peserta mula membuat latihan sejak Julai lalu bersama-sama pasukan koreografi. Untuk tahun ini, persembahan memfokuskan kehangatan dan keceriaan belia dalam usaha membina negara dan memenuhi aspirasi TN50,” kata Penyelaras SGM Hari Kebangsaan 2017 Dinesh Chandren kepada Bernama.

Diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2017, TN50 adalah dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020. TN50 mula digerakkan dengan siri wacana nasional yang diputuskan Kabinet dan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau berkata penyertaan SGM, mempunyai fokus utama, yang bukan sekadar memeriahkan suasana tetapi untuk mempromosi keamanan, kebudayaan dan keharmonian untuk rakyat berbilang bangsa dan agama.

Dinesh berkata rakyat negara ini, khususnya generasi muda perlu memikirkan semual konsep kemerdekaan pada masa ini, berbanding 60 tahun dulu yang kemerdekaan lebih bermaksud bebas daripada penjajah.

“Bagi saya apa yang paling penting, kemerdekaan bukan bermaksud kebebasan untuk berbuat apa sahaja sesuka hati, tetapi ia bermaksud kita memberi upaya untuk menyumbang kepada pembinaan negara atau pembentukan sahsiah yang baik di kalangan rakyat kita, inilah fokus utama SGM,” katanya.

Dinesh berkata 40 lagi peserta SGM terlibat dalam persembahan Komponen Rakyat Bersepadu bersama-sama peserta daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. – BERNAMA

Tags: merdekaTN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

08/08/2025
0

CYBERJAYA - Malaysia kekal menyokong sepenuhnya pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka tanpa sebarang prasyarat, kata Menteri Luar Datuk Seri...

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

31/08/2024
0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar semangat jiwa merdeka dan perpaduan yang ditonjolkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd