• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Sepak Takraw Wanita Indonesia Akui Kesilapan

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Sepaktakraw Indonesia (PSI) mengakui skuad sepak takraw wanita negara itu telah melakukan kesilapan besar berhubung tindakan meninggalkan gelanggang semasa perlawanan menentang Malaysia, semalam.

Timbalan Presiden PSI, H. Syafrizal Bakhtiar berkata tindakan jurulatih serta pemainnya itu kerana terlalu beremosi dan rasa kekecewaan terhadap wasit (pengadil) yang bertugas.

“Namun setelah meneliti dan melihat semula data dan video ulangan, ternyata tekong kami telah mengangkat kaki sewaktu melakukan servis dan ia adalah satu kesalahan.

Ketika itu jurulatih, pemain dan barisan pengurusan kami hanya melihat dari mata kasar dan kami telah melakukan kesilapan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut Syafrizal, beliau yang bertindak sebagai pengurus pasukan semalam cuba memujuk jurulatihnya untuk tidak meninggalkan gelanggang namun disebabkan perlawanan yang ‘panas’, hal yang kecil pun boleh menjadi besar.

“Saya sebagai pengurus pasukan sudah berusaha untuk mengikuti regulasi bahawa kami tidak boleh melakukan protes besar dan hanya boleh membuat bantahan mengikut undang-undang ISTAF (Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa) dan menggunakan prosedur yang betul.

“Tetapi kerana sudah tidak terbendung pada waktu itu, kami melakukan juga ‘keluar gelanggang’ dan kami kesal serta memohon maaf atas kesilapan yang kami lakukan itu,” katanya.

Insiden protes sehingga meninggalkan gelanggang itu adalah tanda bantahan jurulatih Indonesia, Asry Syam terhadap keputusan pengadil Singapura, Mohd Radhi Che Mei membatalkan empat servis yang dilakukan oleh tekong dari negara itu, Lena, ketika mereka sedang mendahului set kedua dengan 16-10.

Tindakan Indonesia itu memberi kemenangan 2-0 secara pembatalan kepada Malaysia selepas pasukan tuan rumah menang set pembukaan dengan keputusan 22-20.

Nasib Indonesia bakal diketahui dalam masa terdekat ini setelah Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan akan bermesyuarat bersama jawatankuasa teknikal yang lain bagi menentukan jenis hukuman akan dikenakan ke atas republik itu. – BERNAMA

Tags: H. Syafrizal BakhtiarSepak Takraw
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kawasan SAR Kelasi USS 100 Batu Nautika Persegi

Next Post

Insiden Pelanggaran Kapal Tak Libatkan Nelayan Johor

Related Posts

Libasan STL Kembali Lagi

07/01/2022
0

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah negara dan hadiah kemena­ngan yang ditingkatkan menjadikan...

Tonggak Sukma Ganti Import Johor Tigris

02/01/2022
0

PETALING JAYA : Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari Thailand, Swatbanchan Seekhwa seminggu menjelang Emas Anuar...

Next Post

Insiden Pelanggaran Kapal Tak Libatkan Nelayan Johor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd