• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Hoki Lelaki Kekal Juara Sukan SEA Sejak 1975

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki membelasah Myanmar 14-0 untuk mempertahankan pingat emas buat kali ke-16 dalam aksi perlawanan final Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Dalam sejarah penampilan skuad lelaki negara dalam temasya dwitahunan itu, Malaysia hanya sekali gagal memenangi emas selepas kalah kepada tuan rumah Singapura pada edisi kedua acara itu dipertandingkan pada 1973.

Dua tahun kemudian di Bangkok, Malaysia merampas kejuaraan itu dan mempertahankannya sehingga edisi ke-29 di sini.

Myanmar, yang menghuni ranking ke-89 dunia berbanding 12 oleh Malaysia, ternyata bukan tandingan pasukan tuan rumah apabila ketinggalan 5-0 pada babak pertama sebelum anak buah Stephen Van Huizen menambah sembilan lagi gol pada babak kedua perlawanan.

Perlawanan, bagaimanapun dihentikan kira-kira 30 minit selepas tamat suku pertama perlawanan ekoran hujan lebat.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia mempertahankan kejuaraan dan Myanmar buat pertama kali memperoleh pingat perak, manakala Singapura meraih gangsa selepas menundukkan Thailand 2-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, Van Huizen berkata anak buahnya akan diberi rehat selama dua minggu sebelum kembali berlatih bagi menghadapi Kejohanan Piala Asia 2017 di Dhaka, Oktober ini.

Juara Piala Asia akan layak ke Piala Dunia di India tahun depan.

Berikutan Malaysia sudah pun layak ke Piala Dunia, Van Huizen berkata beliau akan menggunakan peluang di Dhaka untuk menguji beberapa pemain muda pada kejohanan itu. – BERNAMA

Tags: Skuad Hoki Lelaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insentif RM100,000 Untuk Skuad Hoki Lelaki Perak

10/12/2021
0

IPOH: Kerajaan Perak bersetuju untuk memberikan insentif sebanyak RM100,000 kepada skuad hoki lelaki Perak yang memenangi Piala Tun Abdul Razak...

Malaysia Cipta Sejarah Mara Ke Final Piala Asia 2017

22/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Malaysia melakar sejarah mara ke final Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 setelah mengikat juara bertahan, Korea Selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd