• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Kontrak Unisel: SPRM Serbu 3 Premis

oleh
22/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu Universiti Selangor (Unisel) Kampus Shah Alam pada Selasa ekoran skandal kontrak institusi kerajaan negeri itu.

Turut diserbu ialah pejabat Jana Niaga Sdn. Bhd. di Desa Pandan, Kuala Lumpur dan pejabat Menteri Besar Diperbadankan (MBI), Selangor di sini dipercayai ada kaitan dengan siasatan pembayaran bagi projek di UNISEL.

Seramai enam pegawai SPRM memasuki UNISEL Kampus Shah Alam dipercayai membabitkan siasatan terhadap isu pertikaian kontrak antara universiti itu dengan sebuah syarikat kontraktor jam 10 pagi.

Mereka dilihat memasuki bahagian pentadbiran Unisel di Seksyen 7 di sini, dengan diiringi pegawai universiti itu. Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan mengesahkan kehadiran pegawai SPRM itu.

“Tindakan kami ketika ini adalah untuk memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat yang datang,” katanya.

Isu membabitkan penyelesaian antara Unisel dan syarikat kontraktor itu yang diketahui umum selepas Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 8 Julai lalu membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung perkara itu yang didakwa meragukan.

Seramai empat pegawai SPRM pula memasuki pejabat Jana Niaga Sdn. Bhd. dipercayai berhubung siasatan sama pukul 10.30 pagi.

Ketika ini, pasukan penyiasat masih meneliti beberapa dokumen untuk mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan.

Lima pegawai SPRM juga dilihat memasuki bangunan Darul Ehsan di Seksyen 14, Shah Alam, yang menempatkan pejabat MBI Selangor di tingkat 14 premis itu, kira-kira jam 10.40 pagi.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi, mengesahkan serbuan di beberapa lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, beberapa pasukan penyiasat dikerahkan ke pejabat Jana Niaga di ibu negara dan satu lagi di kampus induk Unisel di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Katanya, pegawainya turut ke pejabat pengurusan Unisel di Kampus Shah Alam dan pejabat MBI Selangor di Bangunan Darul Ehsan di Seksyen 14, di sini.

Simi berkata, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas pasukannya selesai melakukan siasatan hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Trump Lawat Kawasan Bina Tembok AS-Mexico

Next Post

Pelumba Negara Kutip Emas Ujian Masa Berpasukan

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post

Pelumba Negara Kutip Emas Ujian Masa Berpasukan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd