• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Endon Trauma Tinggal Di Bilik Sewa

oleh Ahmad Albab
20/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Hampir setiap hari dia menolak troli berisi barangan jualan iaitu patung permainan kanak-kanak Tom Cat sambil ditemani empat kucing kesayangannya di sekitar pantai Teluk Chempedak, di sini.

Bermula jam 8 pagi, wanita separuh abad itu duduk di satu sudut di kawasan pelancongan itu sambil mengharapkan ada pengunjung berminat membeli barang jualannya.

Apabila hari lewat malam dan tiada lagi pengunjung di kawasan itu, barulah dia mencari tempat berehat sambil melelapkan mata dan kebiasaannya surau atau kaki lima restoran segera berdekatan menjadi pilihan.

Begitulah rutin harian wanita berasal dari Kemaman, Terengganu, Siti Endon Ismail, 55, yang hidup sebatang kara dan gelandangan sejak beberapa tahun lalu.

Siti Endon mendakwa sebelum ini pernah tinggal di bilik sewa di sebuah bangunan rumah kedai di Jalan Beserah, di sini, namun kejadian bilik hampir dipecah masuk pencuri menyebabkannya trauma untuk terus tinggal di situ.

“Selain Teluk Chempedak, kadangkala saya berniaga di sekitar Taman Kerang dan Esplanade Benteng, namun lebih gemar berada di pantai ini kerana ramai orang,” katanya.

Katanya, dia pernah berkahwin dan mempunyai empat anak namun mereka terputus hubungan selepas bercerai 10 tahun lalu, malah berpindah ke negeri ini selepas kematian abangnya beberapa tahun lalu.

“Hasil jualan tidak seberapa namun ada pengunjung baik hati bersedekah kepada saya atau memberikan kucing makan terutama pelancong asing.

“Saya menerima bantuan daripada Pusat Urusan Zakat Terengganu (MAIDAM) RM300 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM150 sebulan,” katanya.

Menurutnya, dia sangat mencintai kucing sejak kecil, sekali gus mendorongnya mengutip kucing jalanan untuk dipelihara malah membawa haiwan manja itu bersama ke mana saja.

“Kucing ini menjadi peneman dan penghibur saya, malah orang ramai gemar bermain dengannya ketika saya berniaga terutama kanak-kanak dan peminat kucing,” katanya. – myMetro Online

Tags: gelandanganwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota Bukit Aman Maut Ditembak

Next Post

Ketua Strategik Rumah Putih Dipecat Trump

Related Posts

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Next Post

Ketua Strategik Rumah Putih Dipecat Trump

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd