• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIC Melaka Tarik Pelaburan Awal RM250 Juta

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pusat Industri Pintar (SIC) yang terletak di Taman Perindustrian Bukit Rambai, berjaya menarik pelaburan awal kira-kira RM250 juta, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata pelaburan itu dijangka meningkat sehingga RM1 billion apabila syarikat Konica Minolta, pelabur utama di SIC, bersama rakan-rakan perniagaan mereka membawa masuk peralatan serta teknologi terkini ke pusat itu.

“Melaka menjadi perintis kepada perkembangan industri pintar di negara ini dengan terbinanya SIC ini yang menyediakan perkhidmatan teknologi yang dibawa oleh Konica Minolta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah SIC di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jepun di Malaysia, Hiroyuki Orikasa; Pengarah Urusan Konica Minolta Business Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd Hideyuki Yoshida; Pegawai Eksekutif Kanan, Konica Minolta Incorporation, Jepun, Dr. Shingo Asai; dan Pengarah Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Zabidi Mahbar.

Idris berkata beliau yakin dengan pelaburan Konica Minolta yang turut melibatkan pemindahan teknologi canggih dan terkini.

Beliau berkata syarikat itu mula bertapak di Melaka lebih 40 tahun dahulu yang bermula dengan skala kecil dan kini telah berjaya mengembangkan perniagaan dengan memperluaskan pelaburan di negari ini.

Katanya syarikat Konica Minolta juga telah menyediakan lebih daripada 2,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini menerusi pembukaan kilang di Ayer Keroh pada empat tahun lepas.

Idris berkata pelabur asing memilih negeri Melaka kerana mereka yakin dan percaya keharmonian politik dan kestabilan kerajaan Malaysia dan negeri Melaka. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Haron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohon UMNO Pusat Batal Kelayakan Idris Bertanding

27/06/2018
0

MELAKA - Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalkan kelayakan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris...

UMNO Melaka Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14

25/06/2018
0

MELAKA - UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd