• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Pelajar Maut Diseret Lori Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
29/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pelajar Kuliah Sultan Abu Bakar di Pekan maut selepas diseret sebuah lori yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Simpang Mentiga, Kilometer 4, Jalan Pekan-Kuantan dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata dalam kejadian 4.40 petang itu, mangsa Mohamad Adib Jasni, 18, yang membonceng motosikal ditunggang abangnya Mohamad Alif, 21, maut di tempat kejadian.

Mohamad Alif pula cedera pada kaki kiri dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, katanya.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas lori yang dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Pekan melanggar lampu isyarat merah lalu merempuh mangsa yang sedang membelok untuk masuk ke Simpang Mentiga sebelum kedua-dua mangsa diseret oleh lori berkenaan.

“Menurut saksi motosikal mangsa adalah kenderaan kedua yang membelok selepas sebuah kereta,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau menambah kemalangan mengakibatkan motosikal jenis Honda yang dinaiki dua beradik itu rosak keseluruhannya pada bahagian kanan, manakala lori itu rosak pada bahagian hadapan.

Amran menambah pemandu lori yang berusia 45 tahun tidak cedera dan ditahan bagi menjalani ujian air kencing. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd