• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rugi Sektor Pengangkutan Tak Laksana E-Hailing

oleh Ahmad Albab
16/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aplikasi mudah alih telefon pintar atau ‘e-hailing’ untuk mendapatkan perkhidmatan teksi adalah seiring dengan kehendak dan permintaan pasaran terbuka, yang jika tidak dilaksanakan bakal memberi kerugian kepada sektor pengangkutan dari sudut ekonomi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kerajaan tidak mampu mengawal kehendak pasaran terbuka dan jika trend itu tidak diikuti oleh teksi konvensional, pengangkutan itu bukan sahaja akan terpinggir tetapi akan terus ketinggalan jauh.

“Sebab itu kita memperkenalkan e-hailing. Sekalipun mereka (teksi​​​ konvensional) tidak mempercayai (kebaikan e-hailing), mereka perlu menyedari ia adalah satu trend baharu terutama sekali dalam kalangan golongan muda.

“Kalau dikira, 50 peratus daripada pengguna sekarang menggunakan aplikasi dan mereka bukannya orang lama yang guna teksi tetapi orang baharu, pengguna baharu dalam bidang pengangkutan teksi. Tinjauan kita (terhadap) 45,000 responden, 70 peratus daripada jumlah itu menggunakan aplikasi,” katanya.

Nancy berkata demikian selepas menjadi tetamu jemputan program Ruang Bicara oleh Bernama News Channel di Wisma Bernama, di sini malam tadi.

Tegas Nancy, teksi konvensional perlu melihat pelaksanaan aplikasi teknologi itu daripada perspektif yang lebih mudah dan terbuka berbanding dengan hanya menganggapnya sebagai saingan semata-mata.

“(Sebagai contoh) kalau tak pakai e-hailing, teksi kena bergerak, berpusing-pusing cari pelanggan, kalau tak ada orang (pelanggan) hubungi. Berapa banyak kos operasi, kos minyak kena bayar. Kalau guna aplikasi tak perlu lagi pusing-pusing cari pelanggan, orang sudah tempah melalui telefon dan jimatkan perbelanjaan operasi,” katanya.

Nancy optimis teknologi itu akan diterima baik terutama oleh teksi konvensional dan negara bakal melihat transformasi industri teksi dan perubahan landskap sektor pengangkutan yang lebih sistematik.

“Diharap mereka (teksi konvensional) akan menikmatinya (manfaat e-hailing). Kira-kira 14,000 pemandu teksi telah menggunakan aplikasi e-hailing setakat ini. Kalau mereka yang lain (selebihnya) tak turut serta, mereka akan ketinggalan daripada sudut ekonomi,” katanya.

Malaysia mencatat sejarah sebagai negara pertama menjadikan perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Grabcar dan Uber sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang, selepas Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dengan kelulusan RUU itu, pemandu e-hailing di Semenanjung kini tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) manakala di Sabah dan Sarawak di bawah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Kedua-dua RUU itu turut menetapkan segala syarat-syarat yang dikenakan kepada pemandu teksi, kini akan turut terpakai kepada pemandu kenderaan ‘e-hailing’ termasuk pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan berkala, keperluan dilindungi insurans dan kad pemandu. – BERNAMA

Tags: e-hailingPengangkutan Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik saranan kepada rakyat menggunakan pengangkutan awam, kenderaan elektrik (EV) serta...

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Golongan pemandu e-hailing terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan semasa industri yang didakwa semakin menekan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd