Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

China Padam Impian Malaysia...

MALAYSIA perlu menunggu 34 tahun lagi untuk kembali memberi cabaran perebutan kejuaraan Piala...

Ribut Jangmi: Betul Ke...

KUALA LUMPUR – Bencana banjir besar yang masih melanda wilayah Pantai Timur sehingga...

Banjir Di Terengganu Semakin...

KUALA TERENGGANU - Situasi banjir di Terengganu semakin pulih pada tengah hari ini...

Daim Mampu Dapatkan Kembali...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin mengetuai...

Sebab Judul ‘Buta’, Azmi Tolak Duet Dengan FT?

HANYA kerana tajuk lagu, Azmi Caliph Buskers hampir tolak kolaborasi bersama penyanyi terkenal tanah air. Mengapakah?

Azmi hampir menolak untuk berkolaborasi dengan Faizal Tahir menerusi single terbaru mereka. Dikhabarkan kerana judul lagu tersebut, Buta. Betul ke?

Vokalis kumpulan Caliph Buskers itu mengakui perkara tersebut secara peribadinya kerana dia sedikit risau dengan penerimaan netizen dengan penggunaan perkataan ‘buta’ itu sendiri. Perkataan itu agak sensitif kepada mereka di luar sana yang mengalami masalah penglihatan.

“Pada awalnya saya menolak untuk menyanyikan lagu ini kerana bimbang akan dikecam dan dianggap tidak sensitif oleh sesetengah pihak.

“Bagaimanapun setelah diyakinkan bahawa lagu tersebut terselit banyak mesej positif, saya terus bersetuju dan Alhamdulillah tertunai satu lagi hasrat saya untuk berkolaborasi dengan Faizal Tahir yang sememangnya menjadi impian saya selama ini,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Tetapi memang betul, jika dihayati bait-bait lirik lagu Buta ini, memang menusuk ke hati teruslah orang kata.

Lagu istimewa ini telah dilancarkan semalam di Talent Lounge, Damansara manakala video lirik lagu ini telah dimuat naik ke laman YouTube sejak dua hari lalu dan telah mendapat lebih daripada 23 ribu tontonan.

Menurut Azmi, keunikan lagu ini terletak pada liriknya yang langsung tidak menyebut perkataan ‘buta’, berbeza dengan tajuk lagu itu. Lagu ini merupakan karya daripada Faizal Tahir bersama komposer Ezra Kong dan Mike Chan.


“Itu yang uniknya tentang lagu ini dan saya yakin jika diamati secara mendalam liriknya, Buta juga mampu memberi motivasi kepada mereka yang senasib dengan saya,” ujarnya.

Komposer Mike Chan menyatakan melodi, lirik dan cara penyampaian Azmi dan Faizal Tahir merupakan kekuatan lagu tersebut.

“Kualiti adalah antara faktor utama yang kami fokus ketika menghasilkan lagu ini. Melodinya dibuat dalam waktu yang singkat cuma liriknya sahaja yang memakan masa lebih kurang dua minggu.

“Ini kerana kami mahu mencari perkataan yang tepat supaya Azmi selesa menyanyikannya,” tambahnya lagi.

Kepada sesiapa yang belum layan lagu ini, bolehlah check it out di YouTube sebab official lyric video lagu Buta ini pun memang unik, setiap huruf ditulis sekali dengan tulisan Braille. Selamat mendengar! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori