Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Beban Menggunung, Guru Kini...

Guru merupakan pekerjaan yang mulia, kerana tugas guru adalah mengajar, mendidik, menyampaikan ilmu...

Larangan 5 Tahun Tamat,...

WARGA Palestin yang tinggal di Gaza kini dibenarkan ke Arab Saudi untuk menunaikan...

2 Lagi Diisytihar Kawasan...

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengisytiharkan dua lagi...

Wanita Jual Anak Untuk...

COLOMBO - Seorang ibu sanggup menjual anak lelakinya berusia lima tahun dengan harga Rs30,000...

Satu Perak, Satu Gangsa Diraih Skuad Pelayaran

LANGKAWI – Skuad pelayaran negara hari ini menambah kutipan pingat dengan satu perak dan satu gangsa, masing-masing melalui kategori Windsurfing RS One Wanita dan Windsurfing RS One Lelaki dalam aksi di Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan di sini.

Perlumbaan penentuan pingat pagi tadi menyaksikan Geh Cheow Lin, pemenang pingat emas dalam acara Windsurfing Terbuka (Campuran) pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis tiga tahun lalu, meraih pingat perak dengan memperoleh 26 mata penalti, berbanding pelayar Thailand, Siripon Kaewduang Ngam yang merangkul emas dengan 19 mata penalti.

Pingat gangsa pula dimenangi pelayar Singapura, Nicole Lim Si Ning dengan 37 mata penalti.

Dalam kategori Windsurfing RS One Lelaki pula, pelayar negara Illham Wahab sekadar memperoleh pingat gangsa apabila memperoleh 38 mata penalti, ketinggalan jauh di belakang pelayar Filipina Geylord Coveta yang memperoleh 25 mata penalti dan mendapat perak.

Geylord hanya ketinggalan dua mata di belakang pelayar Thailand, Natthaphong Phonoppharat yang mengesahkan emas kategori itu dengan memperoleh 23 mata penalti.

Majlis penyampaian pingat kepada semua pemenang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Agama dan Warisan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat.


Setakat ini, skuad pelayaran sudah meraih tiga emas, tiga perak dan dua gangsa, dan ini menunjukkan mereka semakin hampir mencapai sasaran lima emas dalam acara tersebut.

Lima perlumbaan penentuan pingat esok akan membabitkan kategori Laser Radial Lelaki, Laser Radial Wanita, Optimist Lelaki, Optimist Wanita dan Laser Radial Standard. – BERNAMA

Kategori