Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Pemain MU, Michael Carrick...

SAHIH... Michael Carrick mengesahkan beliau akan bersara sebagai pemain bola sepak pada musim...

8 Premis Ternak Babi...

Shah Alam : Lapan premis penternakan babi berdaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar...

Video: Lucu! Kambing Pun...

BUKAN setakat manusia, haiwan pun terperanjat besar apabila melihat 'hantu'.Melalui video yang dikongsikan,...

Terbang 4,500 KM Berjumpa...

MALANG, seorang warga Holland, Alexander Pieter Cirk, 41, sanggup terbang sejauh 4,500 kilometer...

Sasbadi, Animasia Studio Meterai MoU Kerjasama

KUALA LUMPUR – Penerbit bahan pendidikan Sasbadi Holdings Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pakar kandungan animasi dan reka bentuk multimedia, Animasia Studio Sdn Bhd bagi meneroka kerjasama lebih luas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sasbadi berkata kerjasama berkenaan akan membolehkan syarikat, sebagai pemegang lesen penerbitan induk, untuk menerbit, menyiar, mengedar, memasarkan dan menjual bahan bercetak, dan memberikan hak penerbitan kepada mana-mana pihak ketiga.

“MoU itu tidak dijangka memberi sebarang kesan material pada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, nisbah hutang dan modal saham Sasbadi Holdings untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017,” katanya.

Semasa ditutup hari ini, saham Sasbadi Holdings naik lima sen kepada 89.5 dengan 154,100 saham diniagakan.


Animasia Studio memberi tumpuan pada pembangunan kandungan kreatif, karya seni konsep, reka bentuk watak, produksi animasi, komik digital, produksi audio, dan pelesenan karakter dan barangan. – BERNAMA

Kategori