• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Aliff Lambat Siap… Sebab Mahligai Itu ‘Istimewa’

oleh
10/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUT sahaja nama Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, siapa sahaja yang tidak kenal dengan fenomena tag line ‘ terlajak laris’.

Pengasas produk kosmetik D’Herbs itu, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan video terbaharu mengenai rumahnya yang masih lagi dalam peringkat pembinaan.

Menerusi video berdurasi kurang daripada tiga minit itu memaparkan Aliff yang memakai kemeja putih sedang memperkenalkan individu yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pembinaan mahligainya itu.

Individu yang dikenali sebagai Jaafar itu merupakan pengurus dalam projek tersebut.

“Jaafar ini antara pengurus pembinaan terbaik setakat ini. Dia menjaga 60 pekerja di sini. Sebelum ini, saya dah banyak kali tukar kontraktor sebab ada sahaja masalahnya,” katanya dipetik sebuah portal online.

Menurut Jaafar kelewatan rumah tersebut untuk disiapkan adalah berikutan barang yang digunakan dalam projek tersebut adalah ditempah khas. Dalam erti kata lain ‘istimewa’.

“Ini bukan seperti rumah biasa, ia direka khas. Semua yang digunakan termasuk untuk membuat kolam (renang) adalah yang ditempah khas,” ujar Jaafar.

Tambahnya lagi, sekiranya semuanya berjalan dengan lancar rumah itu bakal siap dalam masa dua bulan lagi dan Aliff dijangka berpindah ke sana pada Oktober depan.

Dalam masa itu, Aliff turut meminta jaminan sama ada adakah benar rumah itu bakal siap seperti yang dikatakan oleh Jaafar memandangkan perkara yang sama itu turut dikatakan sebelum ini.

Sekali lagi, Jaafar menerangkan kelewatan ini disebabkan oleh bilik tidur yang masih belum siap sepenuhnya. Aliff mengimpikan sebuah kamar tidur persis istana.

Keadaan itu menyebabkan projek tersebut berhadapan dengan sedikit kelewatan.

“Ini kerana idea dekorasi bilik Datuk mahu buat seperti sebuah istana. Kerana itu, agak lewat sikit, tapi kalau semuanya ok, dalam masa dua bulan dah siap,” terang pengurus tersebut.

Haaa… kamar tidur seperti istana? Kalau dah bilik tidur pun macam itu, bagaimana pula dengan ruangan lain?

Fuhhh… Datuk ni… terbaiklah! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: Dato' Aliff SyukriMahligai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Restoran Milik Aliff Syukri Diserbu Pihak Berkuasa

16/03/2018
0

RESTORAN milik pengasas produk D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Romah Makan Terlajak Laris yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor telah diserbu...

Aliff Syukri Mohon Maaf Isu Ganggu ‘Periuk Nasi’ Orang

25/02/2018
0

SEBUT sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri, pastinya kita semua kenal dengan jutawan kosmetik yang sering menjadi perhatian ini kan?...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd