• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rogol Gadis 19 Tahun: Bapa, Datuk, 2 Pak Cik Ditahan

oleh AK-47
12/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis menahan empat lelaki selepas menerima laporan mengenai seorang gadis berumur 19 tahun yang mendakwa dirogol oleh datuk, bapa kandung, dan dua bapa saudaranya sejak berumur 13 tahun, di Kampung Daha Seroban, Serian, kira-kira 50km dari sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata polis pada mulanya menerima laporan daripada Hospital Serian mengenai seorang gadis mengandung yang dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Beliau berkata hasil temu bual awal, gadis itu mendedahkan bahawa dia telah dirogol oleh empat orang lelaki iaitu bapa, datuk dan dua bapa saudara sejak dia berumur 13 tahun, manakala adiknya yang kini berumur 14 tahun turut menjadi mangsa mereka.

“Wanita itu juga mendedahkan bahawa adiknya turut dirogol sejak berumur sembilan tahun. Kesemua insiden ini dikatakan berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurutnya susulan siasatan awal, polis menahan empat suspek berumur antara 26 dan 57 tahun di Kampung Daha Seroban, Serian pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Dev berkata suspek yang merupakan bapa kandung, datuk dan bapa saudara gadis itu tinggal serumah, dan semua mereka bekerja sebagai petani.

Gadis dan adiknya itu tidak bersekolah.

“Kes disiasat di bawah seksyen 376B, iaitu sumbang mahram. Kesemua empat suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Serian pagi esok untuk permohonan reman,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dev Kumar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Populasi Gajah Liar Kini Sekitar 1,450 Ekor

Next Post

Akhbar Thai Dakwa Malaysia ‘Tidak Adil’

Related Posts

Kes Penemuan Kepala Wanita: Suami Akan Didakwa Esok

15/03/2018
0

KUCHING – Suami kepada wanita warga China yang kepalanya ditemui tanpa badan di tebing Sungai Batang Lupar, Jalan Skait, Sri...

Pakar Patologi Mesir Dilaporkan Hilang Selamat

17/12/2017
0

KUCHING – Seorang pakar patologi dari Mesir yang berkhidmat di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, yang dilaporkan hilang sejak...

Next Post

Akhbar Thai Dakwa Malaysia 'Tidak Adil'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd