• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1.85b Dikumpul Tabung Wakaf Universiti Awam

oleh Ahmad Albab
07/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM1.85 bilion berjaya dikumpul melalui tabung wakaf oleh 20 buah Universiti Awam (UA) di negara ini sehingga Jun tahun ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata Universiti Malaya mencatatkan kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM1.6 bilion diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), RM71 juta.

“Setiap UA mempunyai tabung wakaf dengan sumbangan yang diperolehi daripada individu dan syarikat serta ia merupakan salah satu sumber pendanaan yang penting bagi kelestarian universiti.

“Selain itu, sehingga kini terdapat 13 buah UA yang telah menubuhkan pusat wakaf masing-masing yang mendapat kelulusan daripada Majis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk membuat kutipan wakaf dengan sejumlah RM23.02 juta berjaya dikutip oleh pusat-pusat tersebut, ” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Idris berkata demikian ketika menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) yang ingin tahu mengenai bilangan universiti yang telah mewujudkan tabung wakaf bagi menghadapi masa depan universiti daripada terus diberi dana oleh kerajaan.

Beliau berkata tujuh lagi UA masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada MAIN untuk menubuhkan pusat wakaf masing-masing.

Idris berkata kementerian dengan kerjasama pelbagai agensi telah menghasilkan satu garis panduan iaitu ‘UniTP Purple Book – Enhancing University Income Generation, Endownment and Waqf’ untuk membimbing dan membantu UA menjana pendapatan sendiri merangkumi pelbagai kaedah seperti aktiviti perniagaan, geran penyelidikan dan wakaf.

“Ia juga merupakan satu usaha kementerian dalam memastikan jaminan menyediakan perkhidmatan pendidikan tinggi terbaik kepada masyarakat dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: tabung wakafUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd