• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekaan Pakaian Berlainan, MBI Layak Menang Terbaik

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kontinjen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang tampil dengan rekaan pakaian yang berlainan melayakkan mereka memenangi pakaian terbaik bagi kategori keseluruhan kontinjen sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri 2017.

Selain itu, MBI turut memenangi tempat kedua kawad terbaik bagi kategori jabatan kerajaan pada sambutan itu yang berlangsung di Dataran Bandaran Ipoh di sini hari ini.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata latihan selama sebulan oleh 60 peserta yang terlibat dalam perbarisan itu sangat berbaloi apabila dinobatkan sebagai pemenang bagi dua kategori tersebut.

“Syabas juga kepada pereka pakaian yang mana setiap tahun akan membuat kelainan dengan tahun ini pakaian yang direka bersesuaian dengan MBI yang diiktiraf sebagai PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) bertaraf lima bintang yang terbaik di negara ini.

“Saya juga meletakkan cabaran kepada peserta yang mana MBI sebagai PBT yang diiktiraf terbaik di negara ini, mereka perlu menonjolkan nilai serta sikap bertaraf lima bintang dengan melintasi pentas utama sambil memberi tabik hormat kepada Sultan Perak (Sultan Nazrin Shah),” katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan teh dan penyampaian hadiah sempena sambutan itu.

Zamri berkata beliau turut berbangga dengan kemenangan peserta bagi kategori kawad terbaik kerana 75 peratus daripada mereka baharu pertama kali menyertai perbarisan ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat pada majlis itu dan menyampaikan hadiah kepada pemenang mengikut kategori.

Bagi kawad terbaik kategori jabatan kerajaan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dinobatkan sebagai pemenang manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) memenangi kawad terbaik bagi kategori PBT, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta.

Sementara itu, Pejabat Daerah Kinta dinobatkan sebagai pemenang kawad terbaik bagi kategori daerah dan tanah manakala Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet Ipoh memenangi persembahan dan kawad terbaik bagi kategori pancaragam sekolah.

Berangkat sama pada majlis itu Raja Kechil Besar Perak Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya serta Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli. – BERNAMA

Tags: Kontinjen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)MBI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MBI Diminta Segera Bersihkan Pasar Besar Ipoh

24/12/2018
0

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta segera membersihkan kawasan Pasar Besar di sini yang didakwa telah lama tidak dicuci,...

MB Perak Sertai MBI Kutip Sampah Awal Pagi

02/02/2017
0

IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir membuat pemeriksaan mengejut beberapa kawasan sekitar Ipoh bersama pekerja pembersihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd