Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Ustaz Didakwa Cabul 3...

Tawau: Seorang ustaz sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini,...

Tiada Arahan Warga Emas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah mengeluarkan arahan yang mensyaratkan warga...

Generasi Muda Wajar Sertai...

PARIT BUNTAR - Generasi muda perlu menyertai aktiviti seni mempertahankan diri dalam usaha...

Sultan Nazrin Imbau Evolusi...

KUALA LUMPUR - Struktur terkini ekonomi Malaysia begitu meluas dan cukup pelbagai, dengan...

MB Perak Sertai MBI Kutip Sampah Awal Pagi

IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir membuat pemeriksaan mengejut beberapa kawasan sekitar Ipoh bersama pekerja pembersihan Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) pagi Khamis.

Beliau yang tampil berpakaian baju T warna jingga seperti pekerja bahagian pembersihan MBI turut menaiki sebuah lori sampah dan kemudian mengutip sendiri sampah di beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar raya ini.

Turut serta dalam pemeriksaan mengejut itu ialah Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man. Zambry berkata, tindakan beliau menyertai pekerja bahagian pembersihan MBI mengutip sampah dibuat secara mengejut dan tidak dirancang.

“Ini usaha kerajaan negeri untuk dekati golongan yang bertanggungjawab membersihkan persekitaran bandar raya ini. Saya perlu turun ke bawah untuk merasai pengalaman golongan ini melaksanakan kerja mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyertai sendiri kerja-kerja pembersihan berjadual dan pemunggahan sampah sarap bersama anggota MBI sejak pukul 6.30 pagi hingga 9 pagi di sekitar sini hari ini.

Zambry yang mengenakan topi dan pakaian seperti pekerja perkhidmatan am MBI turut menaiki trak sampah dan mengambil bungkusan sampah sarap di beberapa kawasan di sekitar Buntong, Little India dan Pasar Besar Ipoh.

MB Perak Sertai MBI Kutip Sampah Awal Pagi

zambry2


Beliau turut berpuas hati dengan tahap kebersihan di sekitar bandar raya Ipoh apabila sudah menunjukkan perubahan positif berbanding sebelum ini apabila ramai warganya mengadu keadaan sampah tidak terurus.

Bagaimanapun Zambry berpendapat masih terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan seperti lebih kerap mengutip sampah bukan sahaja di kawasan tumpuan bandar raya tetapi di sekitar kawasan perumahan.

“Secara keseluruhan ada peningkatan dan saya puas hati tahap penjagaan pembersihan. Namun kita tidak boleh setakat itu sahaja kerana saya mahu menjadikan bandar raya ini sebagai contoh di negara kita,” katanya lagi.

Beliau berkata tugas menjaga kebersihan bukan hanya terletak kepada tanggungjawab pihak berkuasa tempatan semata-mata tetapi ia perlu dilakukan bersama-sama oleh orang ramai untuk tidak membuang di merata-rata.

“Saya harap bukan hanya MBI sahaja yang melakukan tetapi orang rama, kerana kita patut ambil contoh bandar raya terkenal lain memelihara kawasan itu sendiri sentiasa bersih,” kata Zambry. – Agensi/Mynewshub.cc

Kategori