• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rare! Sekolah Buat Contest Masak Sambal Belacan

oleh
17/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMBAL belacan… Wow, siapa saja yang tak pernah makan timun cicah dengan sambal belacan sambil duduk depan tv? Itulah salah satu nikmat makanan yang paling best sekali!

Baru-baru ini, Sekolah Menengah Teknik Terengganu mengadakan pertandingan menghasilkan sambal belacan paling sedap! Rare betul pertandingan diorang ni kan.

Kata seorang guru yang juga merupakan penasihat kelab dan setiausaha kokurikulum sekolah, Sarassuwati Ali berkata pertandingan ini disertai oleh 15 kelab dan persatuan sekolah itu yang mana tiap kumpulan diwakili oleh enam orang pelajar lelaki dan perempuan.

Bukan selalu dapat main tumbuk sambal belacan dekat sekolah ni. Biasa dekat rumah tengok je mak tu masak kan, kali ni buat sendiri okay. Macam-macam gelagat budak-budak ni tunjuk.

Kata Sarassuwati lagi, pada permulaan sebelum pertandingan dimulakan, peserta akan diajar cara untuk menangani cabaran. Maklumlah, kot ada cili yang termasuk dalam mata waktu tengah seronok menumbuk ke. Jadi aspek keselamatan sangat penting dan dititik beratkan dalam pertandingan kali ini.

“Kalau tak cermat tumbuk cili, boleh terpercik pada mata. Ada yang sampai kena cepat-cepat pergi cuci (mata) kat sinki. Jadi, pelajar perlu fokus semasa menumbuk cili.

“Nilai yang diserapkan dalam pertandingan ini adalah semangat kerjasama, persaingan sihat, berusaha untuk menjadi terbaik. Mereka berlumba-lumba nak jadi pemenang,” katanya dipetik daripada mStar Online

Selain itu, pelajar ini juga diberikan masa selama 45 minit untuk menyiapkan juadah lain yang berasaskan ikan. Nasiblah kalau siapa yang tak pernah tolong mak dekat dapur tu, kelam kabut jadinya bila kena masak kan.

“Mereka jadi tukang potong cili, tukang cuci. Tapi impaknya adalah semua pelajar seronok kerana hasil hasil kerja mereka dapat dirasa oleh guru-guru.

“Ia merupakan aktiviti berkumpulan yang menekankan aspek kerjasama. Lagipun, remaja sekarang ramai yang tak makan sambal belacan, apatah lagi membuatnya,” katanya sambil menambah Sekolah Menengah Teknik Terengganu mempunyai kira-kira 68 guru dan 635 pelajar.

Macam biasalah, kalau pertandingan memasak, bukan hanya rasa tu yang penting. Tapi persembahan makanan serta kebersihan pun perlu dijaga, termasuk kerjasama dalam kumpulan.

Pengadil pertandingan ni pun terdiri daripada beberapa orang guru serta pengetua sekolah itu sendiri. Tapi, pemenang masih belum diumumkan. Bagi surprise sikit dekat pelajar ni semua. Jadi, keputusannya akan diumumkan semasa perhimpunan rasmi sekolah pada Ahad ini. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizh

Tags: pertandingansambal belacanSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd