Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Peningkatan Levi Akan Halang...

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan untuk menaikkan levi pekerja asing dalam sektor pembinaan...

Sangap! Perbualan Ibu Dan...

JIJIK lagi menjelekkan! Itulah yang kami rasai tatkala membaca screen shoot perbualan lucah...

Kelantan Dijangka Banjir Pada...

PASIR PUTEH: Kelantan membuat persediaan menghadapi banjir yang dijangka berlaku pada bila-bila masa...

13 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 13 kluster baharu hari ini...

Ramlee Minta Rakyat Sabah Raikan Hari Kebangsaan

SEMPORNA – Rakyat Sabah perlu mengekalkan kebersamaan dalam meraikan Hari Kebangsaan negara di sebalik sentimen sesetengah rakyat negeri ini yang menyifatkan sambutan itu tidak mempunyai kaitan dengan Sabah.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata rakyat perlu melihat daripada perspektif meluas mengenai kemerdekaan yang dikecapi Sabah, Sarawak mahupun Semenanjung Malaysia.

“Kita sebagai rakyat Malaysia adalah satu, kita seharusnya menghargai kemerdekaan yang dikecapi dan usaha pemimpin terdahulu dalam memerdekakan negara,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan insentif 167 pelajar Semporna yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan 10 sekolah yang cemerlang pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

Menurutnya Hari Kebangsaan harus diraikan bersama oleh seluruh lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama ataupun fahaman politik.


“Kita seharusnya bangga dengan pencapaian negara dan terus menyokong usaha-usaha kerajaan untuk mengekalkan kemerdekaan dan keharmonian negara.
“Jangan terikut-ikut atau terpengaruh dengan propaganda pihak-pihak tertentu yang sengaja bermain dengan isu-isu perkauman, kenegeriaan dan keagamaan,” katanya.

Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya turut menggalakkan masyarakat untuk menunjukkan semangat patriotisme dan cinta negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Sementara itu, Ramlee yang juga Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah menggesa ibu bapa supaya memberikan komitmen sepenuhnya dalam pendidikan anak-anak mereka dan bukan bergantung sepenuhnya kepada warga pendidik. -BERNAMA

Kategori