• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Hargai Erti Merdeka, Kukuh Perpaduan

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebagai sebuah negara yang muda, adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan tidak melihat kepada perbezaan etnik warga senegara mereka, kata Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata setiap rakyat Malaysia perlu menghargai dan meraikan kepelbagaian Malaysia dan membantu mempertahankan keunikannya.

“Sebagai seorang yang telah menyaksikan negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957 dan pembentukan Malaysia pada 6 Sept, 1963, saya sedar bahawa tiada siapa yang boleh menghancurkan negara jika rakyat terus bersatu-padu,” kata Lee dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan hari ini.

Menurut beliau, setiap warga Malaysia harus meraikan kedua-dua peristiwa penting tersebut dengan menghargai erti sebenar kemerdekaan dan betapa pentingnya kedua-dua peristiwa itu kepada negara dan rakyat.

“Mereka perlu mengambil kesempatan ini untuk memperbaharui semangat patriotik yang merupakan elemen penting yang boleh membantu mengukuhkan perpaduan di negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai etnik, budaya dan agama,” kata beliau.

Ketika Malaysia meraikan sambutan ulang tahun ke-60 kemerdekaan hari ini, beliau berkata masanya sudah tiba untuk kerajaan mengkaji semula keberkesanan dan kejayaan dasar-dasar dan program berkaitan demi perpaduan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Lee Lam Thye
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Audit Keselamatan Di Taman Permainan Perlu Elak Kemalangan

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan awam di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi...

MCPF Sokong Babitkan Ibu Bapa Cegah Gejala Sosial

10/11/2018
0

GEORGE TOWN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju dan menyokong cadangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar kerajaan menggubal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd