• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Mahu Pelajar Miliki Pendidikan Tinggi

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu pelajar memiliki pendidikan tinggi bagi menghadapi persaingan era global, khususnya untuk jaminan masa depan yang cerah.

Sehubungan itu, titah baginda mereka perlu bersedia dari sekarang agar dapat menjadi individu berpendidikan tinggi.

“Dengan memiliki pendidikan tinggi, insya-Allah dapat memberikan jaminan masa depan yang cerah, membantu keluarga menikmati kehidupan yang lebih baik, sempurna dan selesa, menjadi modal insan yang cemerlang serta memartabatkan generasi berpendidikan, ‘celik’ ilmu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikain pada majlis penutupan Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra, di sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Puan Muda Tuanku Lailatul Shahreen Akhashah Khalil.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari itu adalah program tahunan yang telah memasuki tahun kesepuluh untuk pelajar cemerlang dan tahun kelapan bagi pengawas terpilih negeri Perlis yang diharap mampu melahirkan lebih banyak pelajar mempunyai jati diri yang ampuh serta berpendidikan tinggi.

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin berharap para pelajar sentiasa mengenang budi individu-individu yang banyak membantu mereka dan tidak bersikap lupa diri sebagai tanda bersyukur atas segala pengorbanan orang lain terutamanya ibu bapa, keluarga dan guru.
Baginda bertitah sikap mengenang budi itu juga dapat memelihara hubungan baik selain menggalakkan keharmonian dalam masyarakat dari semasa ke semasa.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga penaung Yayasan Kebajikan Perlis turut berkenan melancarkan resolusi kempen “Buli Bukan Budaya Kami” buat julung kalinya di negara ini.

Melalui kempen tersebut, sebanyak 5,000 tandatangan pelajar dari seluruh negeri Perlis diperoleh sebagai komitmen mereka dalam menentang gejala buli dan seterusnya akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cabaran Globalisasi Tidak Halang Program Penyelidikan UNIMAP

19/11/2018
0

KRAKOW (Poland) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yakin cabaran globalisasi tidak menghalang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Lahir Lebih Ramai Cendekiawan, Tokoh Akademik

10/10/2018
0

MUSCAT, Oman - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan agar Perlis dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd