• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahim Sepahtu Berjaya Turun Dari Saiz XXXL Ke XL

oleh AK-47
28/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK lima minggu lalu, anggota kumpulan lawak Sepahtu, Rahim giat menjalani program Misi XL Rahim yang dianjurkan oleh stesen radio Sinar FM.

Rahim yang juga penyampai radio di stesen berkenaan menerusi segmen Sepahtu Sinar telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 22.5 kilogram dalam masa lima minggu. Wow, mengagumkan!

“Asalnya misi ini hanyalah sekadar gurauan, tapi bila mereka kata dah ada jurulatih kesihatan, saya mula dapat rasakan program ini serius.

“Jadi saya ambil keputusan untuk cuba lagipun program ini hanya berlangsung selama lima minggu dan mereka lebih fokus untuk kurangkan saiz, bukannya berat.

Yayyy, akhirnya @rahimr2 Ayim berjaya menyarung baju bersaiz XL. #KamiSokongRahim #misixlrahim #sinarkongsi #sepahtusinar

A post shared by Sinar FM (@sinarfm) on Aug 24, 2017 at 7:23pm PDT

“Disebabkan rasa tidak yakin, saya hanya minta untuk kurangkan saiz XXXL kepada XXL namun mereka kata terlalu senang dan tidak mencabar,” katanya dipetik laporan Astro Awani.

Rahim mengakui dia seorang yang malas bersenam, namun digagahkan jua bagi menghargai pihak pengurusan yang telah mendapatkan trainer untuknya.

“Memang berat hati nak mulakan misi ini sebab saya seorang yang paling malas nak bersenam tapi saya nekadkan hati dan kuatkan semangat.

“Alhamdulillah saya sendiri tak sangka berjaya dapatkan saiz XL, pengorbanan dan usaha saya selama ini tidak sia-sia,” ujarnya.

Setelah berjaya menampakkan hasil dari pengamalan gaya hidup sihat yang diamalkan beberapa minggu ini, Rahim menyatakan yang dia akan mempraktikkannya pada masa akan datang dan tidak mensia-siakan ilmu tersebut.

“Bukan senang orang yang dah berumur seperti saya mahu turunkan berat, jadi bila fikir balik takkan saya mahu sia-siakan perkara baik seperti ini.

“Lebih baik teruskan sahaja lagipun ini untuk kebaikan kesihatan saya juga. Ilmu yang diberikan oleh coach Amirul dan Aminah akan saya praktikkan dalam kehidupan harian,” tambahnya.

Misi ini telah dijalankan sejak 24 Julai lalu dengan berat badan Rahim 125 kg dan kini berat badannya telah menurun ke angka 102.9 kg. Ramai juga rakan-rakan artis yang hadir memberikan sokongan kepada Rahim pada finale misinya itu. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Rahim SepahtuSepahtu Sinarsinar FM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keluar Dari Zon Selesa, Cik Piah Beralih Ke Suria FM

18/03/2018
0

KATA orang anak tu pembawa rezeki... Selepas hampir dua bulan melahirkan anak kedua, penyampai radio, Feeya Iskandar kini mula menukar...

Hari Terakhir Di Sinar, Shuib Teman Sarah Di Hospital

29/11/2017
0

LEWAT malam tadi penyanyi Siti Sarah telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah rendah secara tiba-tiba. Perkhabaran itu turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd