• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qari Cilik Teruja Sertai World #QuranHour

oleh Ahmad Albab
30/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Beberapa qari cilik tidak sabar membacakan ayat al-Quran pada program World #QuranHour bagi menunjukkan rasa syukur kepada Allah yang mengurniakan kemerdekaan buat negara.

Qari paling muda, Abdul Razak Abdul Mubin, 6, berkata, dia gembira dipilih salah seorang daripada 12 qari yang akan membaca al-Quran bersama seluruh rakyat Malaysia pada hari bersejarah itu.

“Seronok dapat baca surah Yasin dengan kawan-kawan lain. Selain itu, saya amat bersyukur kerana dapat tinggal di Malaysia, yang saya anggap seperti negara sendiri,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Fahmi Zulkifly, yang juga peserta program Dai’e musim kali ini berkata, penganjuran #QuranHour ketika sambutan kemerdekaan negara adalah titik permulaan baik bagi mengubah cara negara sambut Hari Kebangsaan.

Menurutnya, aktiviti berbentuk hiburan begitu sinonim dengan sambutan merdeka sebelum ini, tetapi apabila pihak penganjur tampil dengan inisiatif berbeza, ia dilihat satu perubahan positif mendekatkan masyarakat dengan al-Quran.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, 21 qari muda itu dipilih daripada pelbagai kaum dan latar belakang bagi memberi peluang kepada semua pihak menyertai program bersejarah itu.

Sementara itu GOMBAK, Malaysia bakal mengetuai kempen World #Quranhour yang akan berlangsung di Universiti Islam Antarabanga (UIA) di sini, bermula Khamis.

Kempen sama akan turut diadakan di 50 negara lain bagi menggalakan amalan membaca al-Quran, memahami dan melaksanakan ajaran dalam kandungan kitab suci itu.

“Peserta di UIA akan mula membaca al-Quran secara secara beramai-ramai untuk sejam bermula jam 11 pagi.

“Selepas itu ia akan diteruskan di Indonesia dan negara-negara lain,” kata sekretariat kempen berkenaan, Siti Aisyah Ibrahim.

Negara lain yang turut mengambil bahagian adalah Korea Selatan, Maldives, Australia, India dan Turki.

Penganjuran kali kedua tahun ini dijangka melibatkan 3,000 penyertaan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. – mStar Online

Tags: qariWorld #QuranHour
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAWI Diminta Rangka Strategi, Pelan Tindakan Lahir Qari, Qariah Berkualiti

JAWI Diminta Rangka Strategi, Pelan Tindakan Lahir Qari, Qariah Berkualiti

29/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diminta menyusun rangka strategi dan pelan tindakan dalam tempoh tiga tahun...

Imam Masjid Negeri Selangor Abdul Karim Omar Positif COVID-19

19/01/2021
0

SHAH ALAM - Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd