• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putus Cinta Dengan Mr. A, Fathia Tak Jadi Kahwin

oleh AK-47
03/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA yang mahu kecundang dalam bercinta. Namun, itulah adatnya; jika ada jodoh maka berkahwinlah dengan kekasih hati, tetapi jika sebaliknya anggap sahaja ianya ketentuan Ilahi.

Tiada jodoh dengan seorang ahli perniagaan, pelakon Fathia Latiff akur dengan takdir dan terpaksa membatalkan perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada hujung tahun ini.

Pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff, 30, ini berkata, hubungannya dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr. A sebelum ini telah berakhir kira-kira sebulan yang lalu.

“Saya hanya mampu merancang dan kadang-kadang yang kita rancang tak semestinya berlaku kerana semua itu atas kehendak Allah. Setakat ini saya hanya boleh katakan yang diri ini tiada komitmen dengan mana-mana lelaki dan saya masih solo.

“Selagi saya tidak diijab kabulkan, saya adalah milik ibu dan ayah. Tunggu saja sampai hari pernikahan baru saya akan umumkan.

“Kalau ikutkan, memanglah rasa sedikit terkilan kerana hasrat saya untuk hidup seperti pasangan lain tidak kesampaian. Tapi saya yakin Allah lebih tahu yang terbaik buat diri saya,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Namun, gadis manis ini tidak menganggap dirinya tidak bernasib baik dalam percintaan, sebaliknya merasakan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Setiap orang ada pasang surut dan mungkin bukan rezeki saya untuk ada teman dalam waktu terdekat ini. Saya sentiasa positif dan tidak mudah mengalah kerana hidup mesti diteruskan,” kata Fathia penuh positif.

Tak mengapalah Fathia, seorang pergi, beribu lagi yang menanti. Kami pasti ramai jejaka di luar sana yang mahu merebut hati wanita secantik Fathia ini! – MYNEWSHUB.CC

 

Tags: Fathia Latiff
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fathia Akui Selama Ini Bertudung Bukan Kerana Allah

25/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mencetuskan teka-teki apabila berkongsi gambar tidak bertudung di Instagramnya sejak Ahad lalu, pelakon kontroversi Fathia Latiff...

Video Mirip Fathia Latiff Tidak Berhijab Tular

28/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Rata-rata netizen terkejut dengan penularan sebuah video yang didakwa mirip pelakon Fathia Latiff tular di laman sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd