• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Latihan Perlu Berfokus Keperluan B40, M40

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018 hari ini mengusulkan agar program latihan kemahiran untuk golongan muda daripada isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) perlu berfokus berdasarkan minat dan  kebolehan mereka.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata perkara itu antara cadangan yang dibentangkan bagi menangani keperluan kedua-dua golongan terbabit.

Katanya pemilihan pelatih ke dalam program latihan kemahiran perlu dijalankan mengikut segmentasi golongan muda terutamanya bagi mereka yang tercicir dari sekolah sama ada di bandar atau luar bandar dan tidak dijalankan secara umum.

“Pemilihan pelatih tidak boleh dibuat hanya untuk memenuhi sasaran institusi contohnya 2,000 orang, tetapi pelatih yang mereka ambil tidak sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka.

“Jika tidak, nanti apabila dia keluar dia tidak teruskan bidang itu. Ini perlu dilakukan supaya perbelanjaan yang kita keluarkan berbaloi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini.

Mengambil contoh program latihan yang dijalankan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Othman berkata kedua-dua agensi itu menjalankan program latihan bagi mereka yang berminat dalam industri padi dan getah.

“Katakanlah anak muda itu berminat untuk meneruskan legasi keluarga dalam bidang itu, kita beri ilmu kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran. Maksudnya, kita tangani mereka yang tercicir ini mengikut sektor,” katanya.

Beliau berkata ketika ini terdapat lebih lapan juta isi rumah di bawah kedua-dua kategori tersebut dengan 2.7 juta daripadanya adalah golongan B40 manakala selebihnya M40.

Ditanya mengenai isu menangani kos sara hidup, beliau berkata mesyuarat membincangkan kaedah menangani keperluan dan kemahuan mereka terutamanya dari segi keberkesanan penyampaian program-program bantuan kerajaan.

“Mungkin sistem penyampaian kita tidak menepati sasaran, jadi kaedah (penyampaian bantuan) perlu diubah supaya bantuan sampai kepada segmen yang tepat dan indeks prestasi utama (KPI) bukan lagi berdasarkan bilangan bantuan yang dikeluarkan sahaja,” katanya.

Kumpulan B40 merujuk kepada isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,860 manakala M40 adalah kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,860 hingga RM8,319. – BERNAMA

Tags: Datuk Othman Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa 6.3 Magnitud Landa Pulau Luzon, Filipina

Next Post

Restoran Diskaun Ikut Saiz Coli, Lagi Besar Lagi Murah

Related Posts

“Saya Akan Tetap Profesional Lawan Mukhriz” – Othman

29/04/2018
0

JERLUN – Kerusi Parlimen Jerlun yang disebut sebagai kerusi panas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan 'pertemuan' dua...

MRT Perlu Capai 250,000 Penumpang Sehari

26/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Projek Transit Aliran Massa (MRT) memerlukan jangkauan sekurang-kurangnya 250,000 penumpang sehari untuk mencatat pulangan modal, kata Timbalan...

Next Post

Restoran Diskaun Ikut Saiz Coli, Lagi Besar Lagi Murah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd