• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Maut Ditikam Pengebom Nekad Di Istanbul

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Seorang pegawai polis ditikam sehingga mati berdekatan balai polis di Istanbul, dipercayai oleh anggota militan Daesh.

Agensi berita prokerajaan, Anadolu, melaporkan suspek yang sebelum itu dipercayai membuat persiapan melakukan pengeboman nekad ditembak mati selepas menikam anggota polis terbabit dalam kejadian jam 11 malam waktu tempatan itu.

Agensi berita swasta, Dogan, pula melaporkan, ketika kejadian suspek sudah ditahan pihak berkuasa dan dipindahkan ke balai polis.

“Pegawai polis berkenaan meninggal dunia susulan kecederaan parah dialami ketika berada dalam ambulans,” lapor Dogan.

Siasatan masih dijalankan untuk memastikan bagaimana suspek menyimpan sebilah pisau ketika berada dalam tahanan.

Turki dikejutkan dengan serangan berdarah, dipercayai dilakukan oleh Daesh tahun lalu yang meragut ratusan nyawa, serangan terburuk dalam sejarah negara itu.

Awal tahun ini, Turki sekali lagi dikejutkan dengan serangan seorang lelaki bersenjata di sebuah kelab malam di Istanbul, 75 minit selepas sambutan tahun baharu yang meragut 39 nyawa. – AFP/BH ONLINE

Tags: Pengebompolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd