• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan 4 Lelaki Terlibat Kes Gaduh

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang penguat kuasa Jabatan Imigresen dan tiga lelaki warga Nepal, cedera selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah rumah sewa di Jalan Rumbia, Bukit Jambul di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata empat lelaki dipercayai berusia 20 hingga 40 tahun itu berada di kawasan berkenaan semasa kejadian dan menurut penguat kuasa Jabatan Imigresen itu, mereka bertindak memukul tiga warga Nepal terbabit.

“Menurut penguat kuasa berkenaan, dia tidak mengenali empat lelaki itu dan mereka berada di lokasi kejadian serta bertindak mengejar tiga (lelaki) Nepal yang cuba memukulnya selepas dia menjerit meminta tolong.

“Kami masih mengesan empat lelaki itu dan polis juga meminta agar mereka tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya empat lelaki itu dipercayai warga tempatan dan tinggal di sekitar negeri ini, bagaimanapun identiti mereka masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada kamera litar tertutup di kawasan kejadian.

Anuar berkata polis tidak menolak kemungkinan tiga lelaki Nepal itu dipukul menggunakan benda tumpul seperti kayu dan mereka masih dirawat di Hospital Pulau Pinang serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

Penguat kuasa Jabatan Imigresen berusia 23 tahun dan tiga lelaki Nepal berumur 20 hingga 35 tahun itu kini direman selama tiga hari dan siasatan lanjut kes itu masih dijalankan, katanya.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, penguat kuasa Imigresen dan tiga lelaki Nepal itu ditemui berlumuran darah di dalam bangunan kedai yang dijadikan rumah sewa warga asing terbabit.

Menurut penguat kuasa berkenaan, dia terserempak dengan seorang warga asing yang mencurigakan di rumah kedai itu, kemudian membuat semakan ke atas lelaki tersebut sebelum mengikutnya balik ke rumah di kawasan itu kerana (lelaki Nepal terbabit) mendakwa I-Kad ditinggalkan di rumah.

Hasil semakan kemudian mendapati warga asing itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan apabila penguat kuasa Imigresen berkenaan ingin keluar dari kawasan rumah tersebut, tiba-tiba lelaki terbabit menumbuk beliau di bahagian pipi sebelum dua lagi rakannya datang lalu memukul mangsa.

Penguat kuasa Imigresen itu terus melarikan diri sambil menjerit meminta tolong sebelum empat lelaki yang kebetulan berada di situ terdengar dan bertindak mengejar warga Nepal berkenaan sehingga ke kawasan rumah mereka.

Apabila penguat kuasa Imigresen itu pergi semula ke rumah warga Nepal berkenaan, dia menemui tiga lelaki warga asing itu terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dipukul empat orang awam tersebut. – BERNAMA

Tags: kes gaduh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

07/06/2024
0

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang...

Budak Baju Merah Kena Tumbuk, Yang Lain Tengok Je…

Budak Baju Merah Kena Tumbuk, Yang Lain Tengok Je…

12/04/2023
0

Kota Belud : Polis akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang disyaki terbabit dalam pergaduhan hasil rakaman video yang tular di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd