• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bongkar Makmal Dadah, Tahan Suami Isteri

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang membongkar sebuah makmal memproses dadah selepas menahan sepasang suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM245,300 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Perai, dekat sini Isnin lepas.

Lelaki itu yang merupakan seorang kontraktor berusia 31 tahun dan isterinya seorang rakyat Vietnam berusia 27 tahun ditahan di tempat letak kenderaan pangsapuri tersebut pada 4.55 petang.

“Polis merampas 10 bungkus heroin dengan berat 4,533 gram yang dibawa wanita itu,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata susulan penahanan pasangan itu, polis menyerbu unit pangsapuri yang disewa mereka dan mendapati ia dijadikan sebagai makmal memproses dadah serta merampas 5,341 gram heroin; 7,897 kafein; 4.15 gram heroin base; serta pelbagai peralatan untuk menghasilkan heroin antaranya ketuhar, periuk serta cecair bahan kimia.

Beliau berkata pasangan itu mempunyai kepakaran untuk memproses heroin dan mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut sejak setahun lepas selain berpindah-randah setiap bulan.

Chuah berkata pasangan itu memperoleh bahan untuk menghasilkan dadah daripada rangkaian sindiket sebelum memprosesnya sendiri dan menjualnya di sekitar di Pulau Pinang.

Selain itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM7,175 serta dua kereta mewah iaitu Audi dan BMW.

Lelaki yang positif dadah dan mempunyai 14 rekod berkaitan dadah dan jenayah itu serta isterinya direman sehingga 28 Ogos bagi membantu siasatan, katanya.

Dalam perkembangan lain, Chuah berkata polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang disyaki terlibat dalam kes samun kakak ipar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam serbuan di sebuah rumah di Relau di sini, Isnin lepas.

Dalam kejadian 8.15 malam 7 Ogos lepas, suspek yang bertopi keledar memecahkan cermin bahagian penumpang kereta seorang doktor pakar dan melarikan beg milik wanita berusia 51 tahun itu ketika beliau sedang memakir kereta di anjung rumahnya.

Kejadian itu menyebabkan wanita tersebut mengalami kerugian hampir RM2,000 apabila wang tunai, telefon bimbit dan pelbagai dokumen peribadinya dilarikan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Dakwa PAS Menyimpang Daripada Dasar Perjuangan PN

Muhyiddin Dakwa PAS Menyimpang Daripada Dasar Perjuangan PN

16/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh...

Muhyiddin Kesal PAS Kerjasama Dengan BN, Bersatu Umum Guna Logo Sendiri

Muhyiddin Kesal PAS Kerjasama Dengan BN, Bersatu Umum Guna Logo Sendiri

16/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengecam keputusan PAS menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd